Harian Metro

Baru nak kalut!

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

 Imigresen serbu tiga kilang kesan PATI tiada E-Kad

“Bila dah kena (serbu) baru mereka nak kalut (kecoh)...sebelum ini buat tidak endah saja walaupun kita dah maklum dalam akhbar dan televisyen namun mereka buat-buat tak tahu.”

Itu kata Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen negeri Marlis Muhaini Abd Rashid mengenai sikap tidak prihatin dan keras kepala segelintir majikan yang menggaji pekerja membabitka­n pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia sudah beberapa kali memberi amaran supaya majikan menguruska­n kad sementara pekerja asing atau E-Kad namun masih ramai majikan tidak mempedulik­annya.

“Pada Op Mega hari ini (semalam), ada majikan memberi alasan baru hendak memperbaha­rui permit. Malah, ada yang tidak membenarka­n kita tangkap pekerjanya namun akhirnya mereka akur.

“Kita tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana majikan dan ambil tindakan menahan pekerja asing yang melakukan kesalahan,” katanya ditemui ketika di lokasi serbuan di Bukit Pinang, semalam.

Marlis Muhaini berkata, pada operasi tiga jam bermula jam 11 pagi, pihaknya menyerbu tiga kilang namun hanya dua yang beroperasi.

“Pada serbuan pertama di kilang memproses ayam, kami memeriksa 18 individu membabitka­n dua lelaki tempatan, seorang lelaki warga Thailand dan 16 lelaki warga Nepal namun hanya enam ditahan kerana tidak mempunyai dokumen.

“Di lokasi kedua, kami menahan 12 individu membabitka­n sembilan wanita warga Nepal, dua lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Myanmar kerana melanggar Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan tidak memiliki dokumen,” katanya.

Menurut Marlis, semua yang ditahan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen di Anak Bukit sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Belantik, Sik untuk tindakan lanjut.

“Kami menjalanka­n operasi ini setiap hari bermula dari Alor Setar, Bukit Pinang dan Kepala Batas seterusnya ke Sungai Petani, Kulim serta Baling,” katanya.

 ??  ?? PENDATANG asing tanpa izin yang ditahan menaiki van untuk dibawa ke Jabatan Imigresen di Anak Bukit. SELESAI urusan di pejabat imigresen, pendatang asing tanpa izin dibawa ke Depoh Tahanan Belantik.
PENDATANG asing tanpa izin yang ditahan menaiki van untuk dibawa ke Jabatan Imigresen di Anak Bukit. SELESAI urusan di pejabat imigresen, pendatang asing tanpa izin dibawa ke Depoh Tahanan Belantik.
 ??  ?? WANITA pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen di tiga lokasi, semalam.
WANITA pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen di tiga lokasi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia