Harian Metro

Dah biasa dari kecil

-

 Mekanik lori setia sebagai penggali kubur sejak berusia 12 tahun demi fardu kifayah

Biarpun pengalaman aneh berkaitan alam mistik antara yang kerap ditempuh penggali kubur dan pengurus jenazah, ia tidak mematahkan semangat seorang pemuda untuk terus menunaikan keperluan fardu kifayah sejak lebih 12 tahun lalu.

Ruzaini Amran, 29, yang juga anak bongsu daripada lapan beradik nekad memilih kerjaya itu ketika berusia 17 tahun.

Menurutnya, sejak berusia tujuh tahun, dia sudah meminati bidang pengurusan jenazah dan sering kali mengambil peluang pergi upacara pengebumia­n di sekitar Kampung Idaman, di sini.

“Saya sememangny­a sudah terbiasa melihat jenazah sejak kecil, malah setiap kali ada orang yang meninggal dunia, saya yang paling sibuk.

“Ketika masih bersekolah rendah, saya pernah dihalau kariah masjid yang menguruska­n jenazah kerana usia saya terlalu muda untuk memandikan mayat,” katanya.

Kata Ruzaini, perkara seumpama itu tidak pernah mematahkan semangatny­a sehingga dia mula berkecimpu­ng dengan serius selepas tamat persekolah­an.

“Banyak juga pengalaman yang dilalui sepanjang me- ngerjakan kerja amal itu termasuk pernah berdepan dengan perkara pelik.

“Apa yang berlaku sama seperti drama Tanah Kubur termasuk lubang kubur sempit, serangga dan berbau wangi,” katanya memaklumka­n dia perlu menjaga aib jenazah yang pernah diuruskann­ya.

Ruzaini berkata, kebanyamen­ghadiri kan belia kini enggan melakukan pekerjaan seumpama itu kerana faktor takut dan tidak popular.

“Ramai yang tiada semangat yang kuat untuk menjadi penggali kubur kerana mungkin terpaksa berhujan dan berpanas.

“Bukan populariti yang harus dicari dalam pekerjaan, namun yang boleh mendatangk­an ‘saham’ kepada masa depan kita. Setiap kali ada kematian, orang seperti saya yang akan dicari untuk menguruska­n pengebumia­n jenazah,” katanya.

Menurutnya, walaupun dia mempunyai pekerjaan lain sebagai mekanik lori, dia masih memilih untuk menggali kubur dan menguruska­n jenazah.

 ??  ??
 ??  ?? RUZAINI memilih pekerjaan sebagai penggali kubur pada usia muda kerana minat sejak kecil.
RUZAINI memilih pekerjaan sebagai penggali kubur pada usia muda kerana minat sejak kecil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia