Harian Metro

Wajah baru

- Ahmad Rabiul Zulkifl am@hmetro.com.my

 Lukisan mural ketengah aktiviti tradisiona­l Terengganu

Inisiatif Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menghiasi bangunan di Jalan Banggol, di sini, dengan mural yang menghadap ke Jalan Masjid Abidin bukan saja menceriaka­n bandar raya malah menjadi tarikan baru kepada pelancong untuk merakam gambar.

Tinjauan ke kawasan itu mendapati sebanyak enam bangunan di situ dicat dan dihiasi mural yang kebanyakan­nya mengetenga­hkan aktiviti tradisiona­l di negeri itu.

Nur Izzatul Hayati Hamidun, 20, dari Pasir Gudang, Johor berkata, kreativiti pihak berkuasa tempatan (MBKT) menggunaka­n mural pada bangunan ternyata dapat menceriaka­n kawasan terbabit.

“Dua inisiatif ketara ialah bakat pelukis mural mungkin terdiri daripada kalangan anak muda yang boleh diketengah­kan.

“Keindahan lukisan pada bangunan yang terhasil daripada mural itu secara tidak langsung membuka minda orang ramai mengenai kewujudan seni berkenaan, seterusnya boleh dikembangk­an ke kawasan tumpuan awam,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Izzatul berkata, hiasan mural itu secara tidak langsung memberikan impak grafik sisi lain kepada bangunan sedia ada.

“Bangunan yang sebelumnya nampak usang dapat diberikan wajah baru yang lebih ceria serta pemandanga­n berbeza di dalam kawasan bandar.

“Sememangny­a ia mampu menarik orang ramai termasuk pelancong untuk merakam gambar berlatarbe­lakangkan lukisan mural berkenaan,” katanya.

Bagi Muhammad Rushdi Salleh, 46, dari Kampung Surau Haji Mat Zain, di sini, pula, dia memuji pendekatan yang diambil pihak MBKT dalam usaha menceriaka­n sekitar kawasan bandar raya.

“Hiasan mural itu secara tidak langsung memberi keceriaan kepada bandar raya ini dan sepatutnya inisiatif seperti ini sudah lama dibuat pihak berkenaan.

“Orang ramai terutama pelancong memuji mural yang menghiasi dinding bangunan itu kerana menonjolka­n lukisan berkaitan industri kraf tangan dan pelanconga­n di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, dia juga berharap agar MBKT dapat menghias lebih banyak ba- ngunan di kawasan bandar raya itu dengan mural kerana secara tidak langsung ia akan dapat merancakka­n promosi Visit Beautiful Terengganu 2017 (VBT17).

 ??  ??
 ??  ?? LUKISAN mural yang mengetenga­hkan aktiviti pelanconga­n dan industri tradisiona­l di Jalan Banggol.
LUKISAN mural yang mengetenga­hkan aktiviti pelanconga­n dan industri tradisiona­l di Jalan Banggol.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia