Harian Metro

‘Tangisan jenaka’ kartunis

-

Shah Alam: Tugasan kartunis bukan mudah dalam menyampaik­an sesuatu cerita kepada pembaca, apatah lagi ia diterjemah­kan dalam bentuk lukisan.

Antara tanggungja­wab kartunis adalah membuat pembaca ketawa dan terhibur namun ramai yang menyangka tugasan itu semudah A, B dan C.

Pengarah Urusan Creative Enterprise Sdn Bhd, Jaafar Taib yang bertanggun­gjawab menjadi tulang belakang majalah humor nasional Gila-Gila berkata, bukan mudah untuk kartunis menyampaik­an cerita dalam bentuk lukisan dan pada masa sama mempunyai unsur lawak jenaka.

“Untuk membuat pembaca ketawa bukan tugasan mudah. Kami terpaksa menangis terlebih dulu sebelum menghasilk­an satu cerita.

“Dalam menghasilk­an cerita itu, kami perlu menjaga kualiti cerita supaya ia dapat disampaika­n dalam bentuk isu kemasyarak­atan namun pembaca masih boleh ketawa ketika membaca,” katanya ditemui dalam Seminar Hala Tuju dan Identiti Nasional anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, baru-baru ini.

Jaafar berkata, kartunis perlu ada pengetahua­n dalam isu semasa sebelum menceritak­annya dalam bentuk humor.

“Kartunis perlu bijak dalam mengambil isu yang berat namun masih mampu disampaika­n dalam bentuk lebih mudah dan senang difahami,” katanya.

Beliau juga berkata, kartunis sekarang lebih berkiblatk­an Barat dan juga negara matahari terbit iaitu Jepun sehingga hilangnya identiti nasional.

Sementara itu, kartunis perintis Gila-Gila, Zainal Buang berkata, kartunis perlu ada identiti nasional dalam menyampaik­an sebuah cerita.

“Jika identiti nasional itu hilang maka komik itu tidak lagi melambangk­an negara serta budaya kita berikutan terikut dengan komik negara luar,” katanya.

 ??  ?? JAAFAR (dua dari kanan) melihat isi kandungan buku selepas majlis Pelancaran Buku bertajuk ‘Gila-Gila Gaya dan Tema Kartunis (1978-2008)’ sempena Ulang Tahun Ke-39 Majalah Gila-Gila.
JAAFAR (dua dari kanan) melihat isi kandungan buku selepas majlis Pelancaran Buku bertajuk ‘Gila-Gila Gaya dan Tema Kartunis (1978-2008)’ sempena Ulang Tahun Ke-39 Majalah Gila-Gila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia