Harian Metro

Pusat dialisis dapat 3 mesin baru

-

Shah Alam: Penerimaan tiga unit mesin hemodialis­is dilihat mampu memberi manfaat kepada pesakit buah pinggang yang mendapatka­n rawatan di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Bukit Jelutong, di sini.

Semua mesin itu hasil sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd membabitka­n agihan zakat RM140,000.

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, dua syarikat itu menyatakan persetujua­n menyertai program Kasihku Zakat Selangor daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“PKNS menyumbang­kan wang zakat RM100,000 manakala Central Spectrum RM40,000, sekali gus mampu menambahka­n jumlah mesin sedia ada di pusat berkenaan.

“Sumbangan mesin hemodialis­is baharu itu dapat dimanfaatk­an kira-kira 28 pesakit buah pinggang berusia 18 hingga 70 tahun, sekali gus meringanka­n beban mereka yang berpendapa­tan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan mesin itu sempena program Kasihku Zakat Selangor, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Noraida Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Mahmud Abbas.

Menerusi program itu, LZS memberi ruang kepada pengeluar zakat memohon agihan semula tiga perlapan atau 37.5 peratus daripada jumlah bayaran zakat untuk diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin berdaftar.

Sementara itu, Noraida berkata, pihaknya menyalurka­n sumbangan seumpama itu secara berterusan terutama melalui program untuk anak yatim, warga emas dan hospital.

“Sehingga kini, kami masih menerima beberapa permohonan sumbangan yang akan dipertimba­ngkan,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Adzib (kiri) melawat pesakit yang menerima rawatan dialisis di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.
MOHAMAD Adzib (kiri) melawat pesakit yang menerima rawatan dialisis di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia