Harian Metro

Maut pergi berkelah

- Hamzah Osman am@hmetro.com.my

 Pemuda meninggal dunia motosikal terbabit kemalangan

“Arwah dan rakannya dikatakan dalam perjalanan ke Air Terjun Temurun di Jalan Datai untuk berkelah dan mandi tetapi dia lebih dulu dijemput Ilahi,” kata Mohamad Ibrahim, 47, bapa kepada Mohd Iliyas, 19.

Mohd Iliyas yang bekerja sebagai pemotong rumput meninggal dunia selepas motosikal diboncengn­ya terbabit kemalangan di Jalan Teluk Yu, Mukim Ayer Hangat, jam 2.30 petang semalam.

Mohd Iliyas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala rakannya yang juga penunggang, Nor Eman Mohd Senawi, 17, cedera ringan.

Kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh pokok.

Mohamad berkata, hasrat untuk berkelah bersama rakan di air terjun itu kali pertama disuarakan anak sulungnya itu.

“Arwah periang dan mesra dengan tiga adik perempuann­ya. Namun, ketika berada di rumah malam semalam (kelmarin), sikapnya berubah menjadi pendiam walaupun disapa oleh adikadikny­a.

“Saya tidak sangka ia petanda arwah akan meninggalk­an kami selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Langkawi (HL).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi Superinten­dan Dr Che Ghazali Che Awang ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian terbabit.

“Mayat mangsa dibawa ke HL untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Temin.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal terbabit tiada lesen memandu. Bagaimanap­un, kedua-dua mangsa memakai topi keledar ketika kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? MOHD Iliyas
MOHD Iliyas maut dalam kemalangan motosikal, semalam.
MOHD Iliyas MOHD Iliyas maut dalam kemalangan motosikal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia