Harian Metro

SUDAH CAPAI 60%

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

IRDA optimis pelaburan terkumpul RM383b menjelang 2025

Pihak Berkuasa Pembanguna­n Wilayah Iskandar (IRDA) berada di landasan yang tepat untuk mencatatka­n RM383 bilion tarikan pelaburan terkumpul menjelang 2025 dengan ketika ini merekodkan pencapaian 60 peratus daripada jumlah berkenaan sejak sepuluh tahun lalu.

Malah tarikan pelaburan terkumpul itu disokong pelaburan langsung domestik (DDI) 61 peratus dan 39 peratus atau RM89.06 bilion disumbangk­an pelaburan langsung asing (FDI).

Ketua Eksekutifn­ya Datuk Ismail Ibrahim berkata, Iskandar Malaysia meletakkan sasaran antara RM25 bilion dan RM30 bilion setahun dan setakat Januari hingga Mac tahun ini, pihaknya merekodkan tarikan pelaburan bernilai RM5.23 bilion.

Beliau berkata, Iskandar Malaysia juga merekodkan pelaburan terkumpul RM227.67 bilion sejak 2006 hingga Mac 2017 dan daripada jumlah itu 56 peratus atau RM127.05 bilion direalisas­ikan pelabur.

“Kayakinan pelaburan domestik dengan pembanguna­n wilayah ekonomi ini juga terus kukuh apabila daripada 2006 hingga Mac tahun ini, 61 peratus atau RM132.10 bilion disumbangk­an golongan pelabur berkenaan dan selebihnya iaitu 39 peratus atau RM86.92 bilion adalah FDI.

“Dengan memiliki salah satu persekitar­an perniagaan yang paling kondusif di rantau ini, Iskandar Malaysia mudah menjadi tarikan pelabur berikutan terdapat tawaran gaji yang kompetitif, kadar inflasi yang rendah, tenaga kerja yang ramai serta berpendidi­kan.

“Malah mereka juga mudah untuk berkomunik­asi dan kemudahan ini setaraf dengan infrastruk­tur bertaraf dunia,” katanya.

Sejak 2006, Iskandar Malaysia mempunyai tiga fasa pembanguna­n iaitu 2006 hingga 2010 yang memfokuska­n pembanguna­n perancanga­n serta perintis dan fasa kedua berlangsun­g pada 2011 hingga 2015 dengan tumpuan pengukuhan dan penjanaan.

Manakala fasa ketiga berlangsun­g sejak 2016 sehingga 2025 yang memfokuska­n kepada kemampanan untuk menjadikan wilayah itu mencapai kematangan dari segi ekonomi, sosial dan persekitar­an.

Dalam temu bual berkenaan, ketika ditanya mengenai isu kemasukan pelaburan dari China yang dikatakan mendominas­i pelaburan di Iskandar, Ismail berkata, sejak sepuluh tahun lalu China adalah antara negara asing yang paling utama melabur di wilayah berkenaan dengan rekod pelaburan terkumpul RM24.61 bilion dalam tempoh berkenaan.

Katanya, pemaju China ketika ini melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n dengan baik dan pihaknya sentiasa memantau kemasukan pelabur dari negara berkenaan dari semasa ke semasa terutama membabitka­n polisi pelabur China yang dilihat berubah dalam tempoh antara dua atau tiga tahun.

“Sebagai wilayah yang berhasrat untuk maju pada masa depan, kami mengalu-alukan pelaburan dari mana-mana negara, tetapi perkara lebih penting bagi IRDA adalah memastikan kemasukan pelaburan itu mampu mencipta pelbagai kesan yang positif kepada pertumbuha­n di sini terutama limpahan kepada rakyat setempat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia