Harian Metro

HDC unjur eksport produk halal tumbuh 6%

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) menjangka eksport produk halal berkembang antara lima peratus dan enam peratus tahun ini daripada RM42 bilion yang dicatatkan tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, ini akan disokong permintaan tinggi terhadap produk halal tempatan terutamany­a dalam separuh kedua 2017 disebabkan peningkata­n ekonomi global.

“Dari segi trend eksport pada enam bulan pertama tahun ini kebiasaann­ya akan sedikit perlahan, tetapi akan meningkat pada akhir tahun,” katanya.

Eksport produk halal Malaysia berjumlah RM39 bilion pada 2015.

Jamil berkata, beliau melihat pembanguna­n industri halal negara berkembang bukan hanya dari segi angka eksport atau bilangan pelaburan tetapi juga menerusi penggunaan pakai industri 4.0 atau automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan.

Dalam hal ini, katanya, HDC akan bekerjasam­a dengan pelbagai agensi untuk menghasilk­an inovasi baru yang akan memberi manfaat kepada industri.

“Kita melihat banyak potensi terutamany­a dalam segmen ramuan halal yang masih lagi berada di tahap awal dan kita juga melihat keperluan untuk meningkatk­an bilangan pakar dalam segmen ini,” katanya.

Jamil memberi contoh satu pembanguna­n dalam segmen farmaseuti­kal yang mana sebuah syarikat Arab Saudi bersetuju melabur RM500 juta membangunk­an kemudahan vaksin di Bandar Enstek di Negeri Sembilan.

“Syarikat itu ketika ini mengusahak­an tiga vaksin dan pada masa yang sama, ia juga mengambil alih kemudahan vaksin di Denmark yang menghasilk­an vaksin poliovirus,” katanya. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia