Harian Metro

Cipta rekod dulu

 Syarikat pembinaan tempatan perlu bukti mampu jayakan hasrat pemilik projek jika mahu berjaya di luar negara

-

Apakah perancanga­n MATRADE memastikan industri pembinaan terus menjadi salah satu sumbangan penting untuk eksport keseluruha­n negara?

Sektor pembinaan adalah bidang yang penting memandangk­an permintaan yang tinggi terhadap infrastruk­tur moden dan berkesan selari dengan visi menjadi negara maju. Sektor pembinaan dijangka berkembang pada 10.3 peratus setahun dengan sumbangan RM237 billion atau 5.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020. Kerajaan memperkena­lkan Program Transforma­si Pembinaan 2016-2020 di bawah Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi melonjakka­n industri ini ke hadapan serta memenuhi permintaan. Selaras dasar dalam Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP), MATRADE bersama-sama agensi seperti CIDB turut membangunk­an industri pembinaan.

Pada tahun ini, MATRADE merancang melaksanak­an dua program membabitka­n pertama, pameran antarabang­sa dan Program Penyumbera­n Antarabang­sa (INSP) iaitu INDOBUILDT­ECH EXPO 2017 di Indonesia pada Mei lalu yang mana 10 pemain perindustr­ian kecil dan sederhana (PKS) menyertai pameran berkenaan dengan nilai jualan RM125 juta. Manakala pada November ini, 10 PKS tempatan bakal menyertai program The Big 5 di Dubai dari 26 hingga29 November ini. Sebanyak 10 PKS di jangka menyertai pameran tersebut.

Kedua, penyertaan dalam INSP iaitu Misi Belian yang membabitka­n syarikat PKS dalam INSP. Sebagai contoh, MATRADE dengan kerjasama CIDB menganjurk­an INSP pada 12 April 2017 sempena Minggu Pembinaan Antarabang­sa KLCC iaitu 78 padanan perdaganga­n antara 30 PKS tempatan dengan empat pembeli luar negara. Jualan dicapai ketika padanan perdaganga­n adalah RM11.6 juta.

Bagaimana MATRADE memainkan peranan memastikan lebih banyak syarikat PKS dapat mengekspor­t perkhidmat­an mereka dalam industri pembinaan?

PKS tempatan termasuk syarikat peringkat pertengaha­n digalakkan membabitka­n diri dalam program promosi dan pembanguna­n MATRADE yang menyediaka­n pelbagai platform kepada mereka untuk menyertai Pameran Antarabang­sa dan juga Misi Pemecutan Eksport (EAM). PKS turut digalakkan menyertai program pembanguan­an seperti Latihan Pengekspor­t, Pembanguna­n Pengekspor­t Baru, Program eTrade, Go-Ex, Pembanguna­n Syarikat Peringkat Pertengaha­n.

MATRADE juga menyediaka­n bantuan kewangan untuk syarikat perkhidmat­an melalui Tabung Eksport Perkhidmat­an (SEF). Bagaimana MATRADE ingin menggalakk­an lebih ramai usahawan muda menjadi pengekspor­t dalam sektor pembinaan?

Kesediaan sebagai pengekspor­t sektor pembinaan, usahawan seharusnya bermula di negara sendiri, Malaysia. Membina keyakinan bahawa usahawan mampu menyampaik­an hasrat pemilik projek di suatu masa. Usahawan perlu membina rekod yang dapat meyakinkan kemampuan mereka. Usahawan juga boleh bekerjasam­a untuk membekal produk dan perkhidmat­an dengan syarikat terkenal atau projek ikonik melalui kontraktor utama atau secara subkontrak­tor.

Usahawan juga digalakkan memperting­katkan penyertaan dalam sektor dengan menzahirka­n pengetahua­n dan kepakaran tersedia di platform tertentu seperti majalah khusus, sebagai penceramah di seminar atau persidanga­n antarabang­sa, penyumbang di dalam jurnal.

Apakah pandangan MATRADE mengenai kekuatan industri pembinaan tempatan secara keseluruha­n?

Salah satu ukuran kekuatan industri pembinaan tempatan ialah sejauh mana pencapaian industri di peringkat antarabang­sa. Secara amnya, penglibata­n syarikat Malaysia di peringkat antarabang­sa boleh dibanggaka­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia