Harian Metro

Sasar jual 12,000 helai pakaian

-

Kuala Lumpur: My Exclusive, jenama pakaian tempatan menyasarka­n untuk menjual antara 10,000 hingga 12,000 helai pakaian menjelang akhir tahun ini merangkumi kurta, jubah, baju Melayu dan telekung.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohammad Yaakob Mohammad Husna berkata, pihaknya optimis mampu mencapai unjuran ditetapkan didorong oleh jualan sempena Aidilfitri dan Aidiladha.

“Kami yakin dengan koleksi My Exclusive kerana kami menekankan perincian pada fabrik kapas berkualiti tinggi yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.

“Bahkan, kami menampilka­n koleksi dengan suntikan elemen moden dan kontempora­ri mengikut gaya terkini.

“Selain menekankan keselesaan pelanggan, kami juga memastikan setiap rekaan patuh syariah serta mengikut cita rasa pelanggan,” katanya.

Menurutnya, memandangk­an sambutan dan maklum balas yang diterima daripada pelanggan amat menggalakk­an, pihaknya bercadang untuk mengeluark­an rekaan terbaru dari semasa ke semasa antaranya koleksi kemeja dan lebih banyak koleksi untuk wanita.

Mohammad Yaakob berkata, My Exclusive bukan saja mendapat bantuan ejen dan stokis tempatan, malah menerima sokongan daripada ejen dan stokis di luar negara termasuk Brunei dan Singapura.

“My Exclusive bercita-cita untuk menembusi pasaran antarabang­sa seperti Indonesia dan Thailand. Namun, ia masih dalam peringkat perbincang­an kerana segala aspek perlu dikaji terlebih dahulu, apatah lagi terdapat perbezaan budaya dan fesyen di antara Malaysia dan negara terbabit,” katanya.

Koleksi My Exclusive boleh dibeli menerusi Facebook (My Exclusive HQ) dan Instagram (my_exclusive) pada harga bermula RM80 sehingga RM190.

 ??  ?? ANTARA koleksi My Exclusive sempena Aidilfitri tahun ini.
ANTARA koleksi My Exclusive sempena Aidilfitri tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia