Harian Metro

Tawar 100 juta SKU pelbagai produk

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

 Permintaan meningkat sejak 11street diperkenal­kan pada 2015

street, peneraju e-dagang terbesar di Malaysia merancang untuk menawarkan kira-kira 100 juta unit penyimpana­n stok (SKU) pelbagai produk dalam pelan strategikn­ya bagi tempoh lima tahun bersandark­an kepada pertumbuha­n yang memberangs­angkan.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata, setakat ini pihaknya hanya menawarkan 10 juta SKU produk kepada pembeli di pasaran Malaysia di mana permintaan sentiasa meningkat sejak 11street diperkenal­kan pada 2015.

Menurut beliau, segmen kesihatan dan kecantikan, kosmetik serta fesyen antara segmen yang mendapat permintaan serta transaksi paling tinggi dalam kalangan pembeli dalam talian di negara ini.

“Bagi merealisas­ikan sasaran itu, pada suku keempat tahun ini kami akan membawa pelbagai jenis produk dari China bagi memperting­katkan jumlah SKU sedia ada. Buat masa ini, antara produk yang ditawarkan di 11street terdiri produk dari Korea, Taiwan, Amerika Syarikat (AS) dan produk tempatan.

“Secara berperingk­at, mulai 2018 juga kami turut merancang untuk membawa lebih banyak produk dari Jepun dalam rangkaian 11street serta produk dari negara barat seperti rantau Eropah dalam tempoh lima tahun lagi.

“Dengan pelan perancanga­n yang teliti, kemasukan produk baru dari China, Jepun, AS dan Eropah dapat memberi pertumbuha­n yang strategik dalam meningkatk­an SKU menjadi 100 juta produk lima tahun lagi,” katanya kepada Bisnes Metro.

11street yang berpangkal­an di Korea Selatan ditubuhkan pada 2008 dan kemudianny­a melebarkan operasi ke Turki pada 2013 dan Indonesia (2014) dan kini di Malaysia (April 2015).

 ??  ?? HOSEOK
HOSEOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia