Harian Metro

TEMPAH TEKSI DAPAT LORI

- Agensi

Lelaki guna aplikasi perkongsia­n kenderaan terkejut dijemput kenderaan berat

Seorang lelaki yang menempah kenderaan melalui aplikasi perkongsia­n terkejut selepas mendapati kenderaan itu sebenarnya sebuah lori.

Lelaki itu memuat naik gambar lori berkenaan di laman sosial Weibo, Khamis lalu dan memberitah­u dia menempah kenderaan untuk membawanya dari Wushan ke Chongqing.

Katanya, ketika membuat tempahan untuk berkongsi kenderaan dia diberitahu kenderaan itu bersaiz lebar dan dia boleh tidur dengan selesa sepanjang perjalanan.

“Apabila tiba saya terkejut kerana mendapati kenderaan yang bakal membawa saya adalah sebuah lori.

“Saya berasa takut sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama enam jam itu kerana pemandu lori berkenaan memandu dengan laju.

“Walaupun lori itu mempunyai tempat tidur yang kecil, saya langsung tidak dapat melelapkan mata,” katanya.

Lelaki itu berkata, dia pergi ke Chongqing untuk bekerja dan bersetuju membayar kos minyak lori berkenaan.

Menurutnya, dia selamat tiba di Chongqing tetapi memberitah­u, dia tidak akan menggunaka­n aplikasi perkongsia­n kenderaan lagi.

Selepas beberapa hari memuat naik kisahnya di Weibo lelaki itu memadam gambar lori berkenaan kerana tidak mahu pemandu lori itu berdepan masalah.

Namun, kisah itu sudah dikongsi ramai pengguna hingga menjadi tular di Internet.

Beberapa pengguna berkata, pemandu lori itu tidak menipu apabila memberitah­u kenderaann­ya adalah bersaiz lebar.

“Sekurang-kurangnya lori itu mempunyai tempat tidur untuk penumpang berehat sepanjang perjalanan,” kata seorang pengguna.

“Bagaimana kamu boleh takut? Lori adalah kenderaan yang selamat berbanding kereta,” kata seorang lagi pengguna.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LELAKI itu
merakamkan gambar meter
kelajuan lori yang menunjukka­n
kenderaan berat itu dipandu raya laju di lebuh
- Agensi. SEBUAH lori yang dijadikan sebagai teksi yang ditempah lelaki itu melalui aplikasi perkongsia­n kenderaan. - Agensi
LELAKI itu merakamkan gambar meter kelajuan lori yang menunjukka­n kenderaan berat itu dipandu raya laju di lebuh - Agensi. SEBUAH lori yang dijadikan sebagai teksi yang ditempah lelaki itu melalui aplikasi perkongsia­n kenderaan. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia