Harian Metro

Buku teks papar masjid ‘pencemaran bunyi’

-

New Delhi: Imej dalam buku teks darjah 6 sekolah kebangsaan di India yang menunjukka­n ‘masjid’ sebagai sumber pencemaran bunyi mencetuska­n kemarahan pengguna media sosial negara itu.

Bab mengenai pencemaran bunyi di dalam buku teks sains berkenaan menunjukka­n pelbagai perkara yang menyumbang kepada perkara itu, dengan contoh diberikan imej kereta api, kereta, kapal terbang dan masjid.

Gambar yang dikongsi secara meluas di media sosial itu menunjukka­n seorang lelaki menutup telinganya kerana bunyi bising, menyebabka­n orang ramai melancarka­n petisyen menerusi media sosial menuntut buku itu ditarik balik.

Penerbit buku berkenaan kemudian membuat permohonan maaf dan berjanji menukar gambar berkenaan dalam edisi seterusnya.

“Kami ingin memaklumka­n kepada semua pihak yang kami akan menukar gambar terbabit dalam edisi seterusnya,” kata penerbit buku berkenaan, Hemant Gupta menerusi media sosial.

Menurutnya, gambar rajah di muka surat 202 dalam buku teks Sains Bersepadu terbitanny­a itu mengandung­i struktur bangunan dan objek lain yang mengeluark­an bunyi bising di kota.

‘Kami memohon maaf sekiranya ia menyakiti sentimen orang lain,” katanya.

Pada April tahun lalu, penyanyi terkenal Bollywood, Sonu Nigam mencetuska­n kontrovers­i apabila mengadu terbangun dari tidur kerana diganggu bunyi azan.

Beberapa kontrovers­i juga pernah dilaporkan mengenai buku teks sekolah sejak beberapa bulan lalu.

Petikan buku pendidikan jasmani sebelum ini menyatakan bentuk badan idaman untuk wanita sebagai berukuran 36-24-36.

Manakala petikan buku teks sains darjah 4 mencadangk­an eksperimen untuk membunuh anak kucing menjadi tular di media sosial menyebabka­nnya ditarik balik dari pasaran, awal tahun ini. - Agensi Dhaka: Polis Bangladesh menahan tiga wanita anggota kumpulan pelampau Islam yang dikaitkan dengan kejadian pengepunga­n sebuah kafe pada 1 Julai tahun lalu selepas gagal meletupkan diri ketika tempat persembuny­ian mereka diserbu.

Tiga wanita berkenaan ditahan lewat kelmarin susulan tempat persembuny­ian mereka dikepung di bandar Bheramara, 228 kilometer dari Dhaka.

Ketua polis tempatan Nur Hossain Khandker berkata, seorang suspek memakai jaket bunuh diri meluru ke arah polis dan cuba meletupkan dirinya selepas diminta menyerahka­n diri.

“Dia bagaimanap­un gagal

 ??  ?? GAMBAR di dalam buku yang mengundang kontrovers­i. - Agensi
GAMBAR di dalam buku yang mengundang kontrovers­i. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia