Harian Metro

Ahli Parlimen dijel seludup telefon untuk banduan

-

Baitulmaqd­is: Seorang bekas ahli Palimen Arab Israel dipenjara dua tahun selepas mengaku bersalah menyeludup telefon bimbit kepada tahanan Palestin.

Basel Ghattas dari parti Joint List meletak jawatannya di Parlimen Israel sebagai sebahagian daripada tawaran rayuan yang dicapai Mac lalu.

Basel, 61, mengaku memberikan telefon bimbit dan kad SIM kepada tahanan Palestin.

Pendakwa raya menggugurk­an tuduhan keganasan dan membahayak­an keselamata­n negara terhadapny­a, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun.

“Saya masuk ke penjara dengan bermaruah dan saya akan terus memperjuan­gkan hak tahanan di sini,” katanya sebelum memasuki penjara Gilboa di utara Israel dalam satu kenyataan disiarkan dalam radio tentera.

Media Israel melaporkan menjumpai 12 telefon bimbit pada dua tahanan dalam satu pemeriksaa­n selepas Basel melawat penjara Ketziot pada Disember menggunaka­n kekebalan politiknya untuk mengelak diperiksa.

Menurut Basel, tindakanny­a itu didorong oleh rasa belas dan kemanusiaa­n terhadap tahanan penjara.

Ahli Parlimen Joint List, blok ketiga terbesar di Parlimen dengan 13 kerusi sering bertelagah dengan pihak berkuasa Israel. Parti disertai Basel, Balad, terutamany­a sering mengkritik dasar Israel.

Tiga ahli Parlimenny­a mencetuska­n kemarahan dalam kalangan Yahudi Israel tahun lalu apabila bertemu dengan saudara-mara suspek yang dituduh pihak berkuasa terbunuh ketika melakukan serangan.

Penduduk Arab Israel membentuk kira-kira 17.5 peratus daripada penduduk di negara itu dan berasal dari Palestin yang kekal di atas tanah mereka selepas kewujudan Israel pada 1948.

Mereka memegang kewarganeg­araan Israel tetapi kebanyakan­nya tetap menganggap diri mereka sebagai orang Palestin. - AFP

Chicago (Amerika Syarikat): Seorang wanita terbunuh selepas kenderaan dinaikinya bertembung dengan kereta dipandu anggota polis tidak bertugas yang melarikan diri ketika dikejar rakan sekerjanya.

Anggota polis Chicago, Taylor Clark, 32, memandu laju Jeep miliknya apabila dia merempuh kenderaan dinaiki Chequita Adams, 27, sejurus selepas jam 1 pagi, Selasa minggu lalu.

Kedua-duanya terperangk­ap di dalam kenderaan masing-masing yang kemudianny­a terbakar.

Chequita dibawa ke Hospital Mount Sinai dan disahkan mati jam 1.27 pagi, sementara Clark diisytihar­kan meninggal dunia tidak lama selepas itu di Hospital Stroger.

Clark, seorang anggota taktikal yang menyertai polis empat tahun lalu pulang dari kerja sepuluh minit sebelum kejadian berkenaan.

Menurut Ketua Polis Chicago, Eddie Johnson, kereta milik Clark pada awalnya

Empat belas orang termasuk dua kanak-kanak maut apabila bas dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di sini semalam.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Samara ke Izhevsk, kira-kira 900 kilometer dari timur Moscow, kata Jawatankua­sa Siasatan yang menyiasat

 ??  ?? CHEQUITA
CHEQUITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia