Harian Metro

Impian Jin Wei lebur

 Pemain perseorang­an negara tewas pada aksi final

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Terus kehausan kejuaraan Grand Prix Emas. Perseorang­an wanita negara Goh Jin Wei gagal untuk mengekalka­n rekod cemerlang di Terbuka Taiwan apabila tumpas dalam perlawanan akhir kepada wakil Jepun, Saena Kawakami, semalam.

Jin Wei yang diletakkan sebagai pilihan ketiga akur di atas kelebihan pemain berusia 20 tahun itu apabila tumpas 17-21, 17-21 di Arena Taipei.

Sebelum ini pemain berusia 17 tahun itu tidak berdepan masalah menumpaska­n beberapa wakil senior dari Jepun dan Taiwan termasuk Kaori Imabeppu serta Pai Yu Po namun tunduk di tangan Saena yang pernah muncul juara Terbuka New Zealand 2016.

Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, secara keseluruha­n dia berasakan perlawanan akhir semalam amat baik buatnya walaupun tumpas buat kali kedua di tangan Saena (kali pertama di pusingan ketiga Terbuka Remaja Belanda 2015).

“Saya rasa hari ini dia (Saena) bermain lebih baik berbanding saya. Saya agak bergelut di beberapa bahagian terutama dari segi corak permainan,” katanya yang sebelum ini muncul naib juara GP Emas Indonesia.

Jelasnya, secara keseluruha­n prestasi yang dipamerkan­nya masih memuaskan dan harus dipertingk­atkan lagi untuk kejohanan seterusnya selepas ini.

“Sekurang-kurangnya saya sudah memberikan ten- tangan sengit dan dengan meraih gelaran naib juara di sini, ia mampu untuk menaikan moral saya bagi kejohanan seterusnya. Saya harus fokus satu demi satu kejohanan dengan menganggap ia adalah cabaran baru buat saya,” katanya.

Status naib juara di Taiwan membolehkn Jin Wei membawa pulang AS$7,600 (RM32,000), manakala Saena meraih AS$15,000 (RM64,000).

Setakat ini Jin Wei hanya berpuas hati dengan kejuaraan bertaraf Cabaran Antarabang­sa dan Siri Antarabang­sa apabila muncul juara di Orleans, Vietnam dan Belgium.

 ??  ?? JIN Wei (kanan) bergambar bersama Saena, semalam.
JIN Wei (kanan) bergambar bersama Saena, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia