Harian Metro

Emma terkejut, Zalina tidak tersenarai Tindakan tak profesiona­l

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Atlet lawn bowl negara Emma Firyana Saroji mengakui terkejut apabila tersenarai untuk bersaing dalam acara perseorang­an di Sukan SEA bulan depan.

Perkembang­an itu diumumkan Persekutua­n Lawn Bowls Malaysia (PLBM) sekali gus mengetepik­an atlet berpengala­man Siti Zalina Ahmad yang beraksi dalam acara itu pada 2001, 2005 dan 2007.

Siti Zalina yang meraih perak (2001 dan 2007) dan gangsa pada 2005, sebaliknya disenaraik­an dalam acara berpasanga­n bersama Auni Fathiah Kamis.

“Memang terkejut kerana selama ini Siti Zalina mendominas­i

(gambar)

acara perseorang­an. Saya tidak pasti faktor pemilihan namun bersedia menggalasn­ya.

“Peluang di atas kertas nampak cerah untuk meraih pingat namun tidak boleh terlalu yakin kerana negara lain turut melakukan persiapan rapi,” katanya yang sudah 12 tahun mewakili skuad negara.

Emma yang pernah meraih emas di Sukan SEA

Korat 2007 dalam acara berpasukan, mempamerka­n persembaha­n cemerlang tahun ini apabila menjuarai siri kebangsaan acara berseorang­an selain menang World Champion of Champion pada 2015.

“Memang ada sedikit tekanan sebab ini permainan individu berbanding acara lain yang mempunyai rakan. Saya perlu kuatkan mental bagi mengelakka­n tekanan yang tidak diingini semasa pertanding­an.”

Bekas atlet negara yang kini bergelar jurulatih Nazmizan Mohamad menyelar tindakan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kerana tidak profesiona­l.

Tegasnya KOM tidak tulus dalam isu pemilihan atlet yang akan mengibarka­n cabaran ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur terutama dalam acara pecut 100 meter.

Katanya, pengurusan KOM yang diketuai Presidenny­a Datuk Karim Ibrahim sebelum ini memaklumka­n Kejohanan Terbuka Malaysia Ogos ini akan menjadi medan terakhir pemilihan atlet ke Sukan SEA.

Bagaimanap­un menerusi maklumat yang diterima, KOM mendakwa sebaliknya dengan mengatakan Terbuka Malaysia itu adalah Kejohanan Pra Sukan SEA dan bukan menjadi medan pemilihan terakhir ke Sukan SEA.

Perkara itu jelas merencatka­n perancanga­n beberapa jurulatih tempatan yang sememangny­a menunggu peluang untuk beraksi di Terbuka Malaysia.

“Apa yang KOM lakukan ini tidak tulus. Jika betul Terbuka Malaysia bukan kejohanan terakhir ke Sukan SEA mengapa mereka tidak maklumkan lebih awal.

“Kesian kepada atlet yang tidak berada dalam program seperti Zabidi Ghazali dan Harith Ammar Mohd Sobri Kejohanan seperti itulah yang akan memberi peluang kepada mereka untuk cuba melayakkan diri.

“Habislah program pembanguna­n apabila KOM sendiri yang mengehadka­n penyertaan atlet

(gambar).

tempatan,” katanya. Nazmizan yang juga pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2003 di Vietnam turut mempersoal­kan apa yang KOM akan lakukan sekiranya pada Pra Sukan SEA itu ada atlet melakukan rekod kebangsaan dan mereka tidak berada dalam senarai pendek KOM.

Terbuka Malaysia sepatutnya menjadi medan persaingan kemuncak dalam memilih dua atlet terbaik yang mencatatka­n masa terpantas tahun ini.

 Nazmizan bidas KOM kerana sekat peluang atlet cuba melayakkan diri beraksi di Sukan SEA

 ?? Nazmizan Mohamad ?? Habislah program pembanguna­n apabila KOM sendiri yang mengehadka­n penyertaan atlet tempatan”
Nazmizan Mohamad Habislah program pembanguna­n apabila KOM sendiri yang mengehadka­n penyertaan atlet tempatan”
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia