Harian Metro

Mahu gegar Brunei

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Lumpur: Selepas membuka tirai saingan Liga Futsal Brunei 2017 (LFB) dengan langkah kanan, kelab futsal dari Pahang, Kuantan Rangers FC meletak sasaran mahu mencetus impak besar dalam liga itu yang membabitka­n 10 pasukan.

Pasukan kendalian bekas pemain kebangsaan Faizul Ab Ghaffar itu memulakan saingan LFB 2017 lebih lewat berbanding pasukan lain, namun berjaya mengekalka­n rekod tanpa kalah selepas mencatat dua kemenangan dan satu keputusan seri menerusi tiga aksi pertama.

Mereka bermula dengan kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Rizfiz FT, diikuti keputusan seri dramatik 5-5 menentang MS ABDB sebelum menang 4-2 ke atas satu lagi pasukan dari Malaysia, Miri FA.

Permulaan meyakinkan itu sudah cukup menghadirk­an ceria buat presiden kelab itu, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahad Muadzam Shah yang berpendapa­t pasukan itu semakin menunjukka­n peningkata­n dan kematangan dalam permainan.

“Kami tidak mahu jadikan LFB ini sekadar medan pendedahan atau menimba pengalaman semata-mata. Kami sudah mulakan perjuangan ini jadi saya mahu pemain terus pandang ke depan dan tidak mustahil boleh mencabar kejuaraan, mencetus impak lebih besar jika dapat teruskan prestasi baik.

“Saya percaya kami berada di landasan yang baik untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Kami mahu menyumbang kepada pembanguna­n dan kemajuan futsal dan akan sentiasa belajar untuk menambahba­ik apa yang kurang,” katanya.

Ketika ini, Kuantan Ran gers berada di kedudukan keenam dengan mengumpul tujuh mata manakala RBSM FC unggul di kedudukan teratas dengan 17 mata hasil lima kemenangan dan dua seri diikuti Kota Junior dan Shah United masing-masing dengan 10 mata.

 ??  ?? PEMAIN Kuantan Rangers bersama pegawai tekad harum nama negara di Brunei.
PEMAIN Kuantan Rangers bersama pegawai tekad harum nama negara di Brunei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia