Harian Metro

Tok Gajah bengang

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

 Dollah kecewa, dakwa mutu pengadilan berat sebelah

Pengendali Pahang, Dollah Salleh kecewa dengan mutu pengadilan berat sebelah ketika pasukannya tewas 1-2 di tangan FELDA United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, kelmarin.

Beliau turut kesal apabila kekasaran terhadap pemain import Mohamadou Sumareh dalam kotak penalti yang jelas melayakkan Pahang memperoleh sepakan penalti tidak dilayan pengadil.

Malah, bekas jurulatih kebangsaan itu menyifatka­n pengadil Mohammad Zamzaidi Katimin sebagai tidak tahu undang-undang perlawanan selepas menghadiah­kan sepakan penalti kepada The Fighters pada minit ke-88.

“Saya memang kecewa dan amat tidak puas hati dengan apa berlaku malam ini (kelmarin), mereka (pemain) sudah memberikan persembaha­n terbaik tapi pengadil membunuh semangat kami.

“Banyak keputusan dibuatnya sepanjang perlawanan amat menghampak­an saya dan pemain malah saya sudah lama berdiam diri, kami (Pahang) seolah-olah menjadi mangsa dalam banyak perlawanan sebelum ini, adakah semua (keputusan) sudah diatur? Banyak kali kami dilayan seperti ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan, malam kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai keputusan pengadil menghadiah­kan sepakan penalti kepada FELDA United, Dollah berkata, pengadil jelas tidak faham posisi ‘ball to the hand’ yang dilakukan pemain The Fighters ketika situasi kelam-kabut di depan pintu gol Tok Gajah pada minit ke-88.

“Itulah yang saya katakan tadi, beliau (pengadil) ini faham atau tidak (undang-undang) kerana kita boleh nampak ia adalah situasi ‘ball to the hand’, bukan pemain pertahanan kami sengaja memegang bola.

“Kenapa apabila pemain kami meminta sepakan penalti ketika Sumareh dikasari dengan jelas dalam kotak penalti mereka (FELDA United) beliau buat tidak tahu, semua orang nampak (kekasaran),” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkina­n beliau berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik keputusan pengadil, Dollah berkata, beliau hanya mahu melihat mutu bola sepak dan pengadilan yang lebih baik.

“Saya hanya mahu lihat sukan ini terus diminati kerana kualiti permainan dan pengadilan yang terbaik, ini untuk masa depan bola sepak negara.

“Kasihan kepada penonton yang sanggup datang ke stadium, membayar tiket dan berharap menonton perlawanan menghiburk­an tapi, jika beginilah mutu (pengadilan), saya pasti mereka juga kecewa.”

 ??  ?? PENJAGA gol FELDA Farizal Harun menahan percubaan pemain Pahang, Heo Jae Won (kanan).
PENJAGA gol FELDA Farizal Harun menahan percubaan pemain Pahang, Heo Jae Won (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia