Harian Metro

Syahmi dah sedia sarung jersi negara

-

Lumpur: Pemain pertahanan kanan Syahmi Safari memberi isyarat dia berada di prestasi terbaik untuk bersama skuad bawah 22 tahun negara (B-22) selepas meledak dua gol membantu Selangor menewaskan T-Team 4-2 dalam aksi Liga Super kelmarin.

Syahmi, 19, antara 26 pemain yang dipanggil jurulatih Datuk Ong Kim Swee bagi kem latihan pusat skuad B-22 Rabu ini sebelum bertanding di saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan depan.

Pemain yang berasal dari Kuala Selangor itu berkata, dia gembira kerana dapat membantu Selangor mengutip tiga mata dan jaringan yang dihasilkan itu menambah lagi keyakinann­ya untuk beraksi di pentas antarabang­sa.

“Alhamdulil­lah rezeki saya dapat menjaringk­an dua gol, ia sememangny­a memberikan semangat untuk saya beraksi dengan skuad bawah 22 tahun. Bagi saya ini juga adalah hasil pengalaman saya bersama skuad B-22 di

China sebelum ini,” katanya kelmarin.

Ketiadaan Syahmi pasti dirasai skuad Red Giants yang akan mengharung­i lapan lagi perlawanan termasuk empat aksi Piala Malaysia bulan ini.

Ia diakui sendiri jurulatih P Maniam yang turut akan kehilangan penyerang Adam Nor Azlin yang kali pertama diturunkan di posisi bek tengah kelmarin iaitu posisi yang sama ketika beraksi dengan skuad B-22 dalam jelajah di China bulan lalu.

“Sudah pasti kami rasa kekurangan tanpa Syahmi dan Adam jadi kami perlu menggilirk­an pemain. Kami ada A Namathevan untuk mengambil tempat Syahmi, mungkin dia masih belum cukup matang tapi saya percaya dia akan meningkat dan berikan aksi terbaik,” katanya.

 ??  ?? SYAHMI ceria meraikan jaringan ketika membenam T-Team kelmarin.
SYAHMI ceria meraikan jaringan ketika membenam T-Team kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia