Harian Metro

Lepas pemain jika jadual disusun semula

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengurus Pulau Pinang, L Katherisan mengesahka­n mereka hanya akan melepaskan tiga pemain S Kumaahran, Jafri Firdaus Chew dan Syamer Kutty Abba menyertai skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Rabu ini sekiranya jadual saingan Liga Malaysia (Liga-M) bulan ini disusun semula.

Beliau berkata, khidmat tiga pemain ini amat diperlukan oleh jurulatih Zainal Abidin Hassan menghadapi baki lapan perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia apatah lagi mereka kini bergelut di zon penyingkir­an.

“Kami sudah buat permohonan kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mendapat pengecuali­an kepada tiga pemain ini daripada menyertai skuad bawah 22 tahun. Kedudukan Pulau Pinang sekarang amat memerlukan khidmat pemain ini.

“Bukan kami mahu menghalang mereka daripada menjalanka­n tugas negara tapi keadaan pasukan sekarang tidak mengizinka­ni kerana mereka tonggak pasukan,” katanya.

Akhbar ini melaporkan beberapa pasukan dan kelab enggan melepaskan pemain untuk bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ke saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) di Bangkok dari 19-23 Julai ini kerana jadual Liga-M yang padat.

Kim Swee sudah menamakan senarai 26 pemain bagi mengikuti kem latihan pusat bermula Rabu ini dan difahamkan kemungkina­n lebih lapan pemain utama tidak mendapat pelepasan pasukan masing-masing.

Katherisan berkata, beliau meminta badan pengelola Liga-M Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) supaya dapat menyusun semula jadual bagi membolehka­n mereka membenarka­n pemain menyertai skuad B-22.

“Kami belum terima maklum balas daripada FAM mengenai permintaan pengecuali­an pemain itu. Kami sedia lepaskan pemain jika FMLLP boleh menyusun semula jadual bulan ini yang agak padat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia