Harian Metro

‘Malu depan gawang’

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

 Morais mahu penyerang lebih bernafsu robek kubu lawan

Biarpun pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Ulisses Morais menyifatka­n kemenangan 2-0 menewaskan Pulau Pinang pada aksi Liga Super di Stadium Larkin, kelmarin satu permulaan baik namun masih belum berpuas hati dengan corak permainan skuad itu.

Pengendali dari Portugal itu yang memulakan tugas selaku jurulatih Harimau Selatan menggantik­an Benjamin Mora yang kembali membimbing Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada saingan Liga Perdana, optimis masih ada ruang untuk memperbaik­i kelemahan pada aksi itu.

Katanya, barisan serangan masih dibelenggu perasaan ‘malu’ untuk mencipta jaringan walaupun menguasai perlawanan dan memiliki peluang terhidang tatkala sembilan peluang terbaik hanya dua sahaja jaringan dapat dihasilkan.

“Ia perkara negatif yang perlu diubah kepada positif dan tidak boleh membiarkan senario itu berulang kerana mampu menjadi virus dan sukar untuk diubati sebaliknya harus dikekang dan perbaiki apa jua kelemahan dengan segera.

“Prestasi pemain juga memainkan peranan dan saya tidak nafikan ada pemain yang dibelenggu kecederaan dan tidak cergas sepenuhnya selepas saingan liga berehat selama sebulan malah saya lihat Safiq Rahim tidak beraksi seperti biasa.

“Namun kekuatan di posisi tengah dengan kelibat Ignacio Insa dan Amirul Hadi Zainal yang kerap menguasai posisi itu membolehka­n Safiq beraksi dengan lebih tenang dan tidak berada dalam tekanan,” katanya.

Skuad Harimau Selatan membuka tirai jaringan pada minit ke-43 selepas Mohammed Ghaddar menyudahka­n bola lorongan Gonzalo Cabrera dan pada minit ke-68 Cabrera mencetak nama selaku penjaring selepas merembat bola tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan penjaga gol Pulau Pinang, Amirul Asyraf Suhaidi.

 ??  ?? GHADDAR (kiri) menewaskan penjaga gol Pulau Pinang di Larkin.
GHADDAR (kiri) menewaskan penjaga gol Pulau Pinang di Larkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia