Harian Metro

KFA nafi culas bayar gaji

- Muhaammad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

namun pada masa itu saya yakin kami mampu bangkit kembali di babak kedua.

“Kami juga pernah ketinggala­n dalam beberapa perlawanan lalu tapi kali ini kami gagal bangkit dan menyaingi.

“Namun, saya tetap puas hati kerana pemain gantian yang masuk beraksi iaitu Amirul Hisyam, Ariff Farhan dan Akhyar Rashid menunjukka­n usaha yang positif,” katanya.

Menurut Nidzam, keseluruha­n perlawanan Liga Super kelmarin, kelemahan di bahagian pertahanan begitu ketara dan punca Kedah dibolosi tiga kali kepada skuad Bos Gaurus.

“Kami tidak sepatutnya lalai dan melepaskan tiga gol itu dan kekalahan pertama di tempat sendiri ini pastinya perlu direnungi agar kesilapan benteng seperti ini dapat atasi dengan segera walaupun tanpa pemain utama seperti Zac Anderson, Rizal Ghazali dan kapten Kharul Helmi Johari yang tidak dapat bermain penuh.” Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menafikan kebajikan pemain Kedah terutama membabitka­n pembayaran gaji terabai seperti yang tular di media sosial.

Setiausaha Kehormatny­a Datuk Aminuddin Omar berkata, pengurusan KFA sentiasa memberi komitmen penuh menjaga kebajikan pemain menurut persetujua­n yang termaktub dalam kontrak.

Menurutnya, KFA bertanggun­gjawab memastikan pembayaran dilakukan pada masa yang sepatutnya dan setakat ini tiada tunggakan gaji bulanan serta pembayaran bonus perlawanan.

“KFA sentiasa prihatin terhadap kebajikan pemain dan sentiasa memastikan supaya fokus utama pemain untuk mempamerka­n aksi terbaik.

“Pihak pengurusan berharap dengan penjelasan ini akan meredakan isu tidak benar yang tular supaya pemain kembali fokus dalam saingan Liga Malaysia musim 2017,” katanya semalam.

Aminuddin berkata, kepemimpin­an persatuan sentiasa mencari jalan terbaik dalam penambahba­ikan pengurusan pasukan supaya pasukan Lang Merah terus berjaya pada masa depan.

 ??  ?? AKSI penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim mengawal gawang.
AKSI penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim mengawal gawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia