Harian Metro

Lagu khas untuk Eshaal

- DARI MUKA 1

“Selepas sibuk menguruska­n lagu untuk isteri dan beberapa penyanyi tempatan, saya kini bakal tampil dengan single baru berjudul Lagu Untuk Laila bergenre rock & roll yang mengisahka­n Hikayat Laila dan Majnun,” katanya yang kini mula mendapat kepercayaa­n menerbitka­n lagu buat penyanyi tempatan.

Sempena kelahiran puteri tercinta, Eshaal, Akim mencipta sebuah lagu khas bertajuk Mahkota Hati yang akan dinyanyika­n Stacy.

Lagu terbabit akan dimuatkan dalam album baru Stacy yang bakal diterbitka­n tidak lama lagi.

Bercerita mengenai sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Akim teruja menyambut Syawal dengan kehadiran Eshaal.

Menurut Akim, selain kehadiran cahaya mata sulung, perbezaan Aidilfitri tahun ini ialah mereka terpaksa menempah sendiri baju raya pada saat akhir.

“Kebiasaann­ya, ibu saya yang akan menempah baju raya kami semua kerana seluruh keluarga akan memakai pakaian warna sedondon.

“Namun, tahun ini ibu sibuk dengan persiapan lain maka kami berdua terpaksa mencari tukang jahit pada saat akhir. Alhamdulil­lah, masih ada yang sanggup menerima tempahan,” katanya.

Menurut Akim, Aidilfitri tahun ini juga menjadi perayaan yang mencabar kesabarann­ya dan isteri kerana perlu mengawal dua anak kecil pada masa sama.

“Bella sudah semakin lasak maka saya perlu perhatikan dia agar tidak hilang daripada pandangan semasa orang sedang sibuk beraya dan pada masa sama, tidak mengacau adiknya sehingga menangis.

“Walaupun tanggungja­wab sudah semakin berat, saya bersyukur kerana tahun ini, keluarga kecil saya diberi peluang sekali lagi untuk menikmati Aidilfitri bersama-sama,” katanya.

Mahkota Hati dimuatkan dalam album baru Stacy bakal diterbitka­n tidak lama lagi

 ??  ?? AKIM bersama Stacy dan anak mereka, Bella serta Eshaal. Bella sudah semakin lasak maka saya perlu perhatikan dia agar tidak hilang daripada pandangan semasa orang sedang sibuk beraya dan pada masa sama, tidak mengacau adiknya sehingga menangis
AKIM bersama Stacy dan anak mereka, Bella serta Eshaal. Bella sudah semakin lasak maka saya perlu perhatikan dia agar tidak hilang daripada pandangan semasa orang sedang sibuk beraya dan pada masa sama, tidak mengacau adiknya sehingga menangis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia