Harian Metro

Balas dendam kematian anak

-

The Chinaman nukilan Stephen Leather berjudul The Foreigner.

Filem arahan Martin Campbell itu akan ditayangka­n di pawagam seluruh negara pada 28 September ini turut membariska­n bintang

James Bond, Pierce Brosnan bersama Liu Tao dan Katie Leung.

Ia menyaksika­n Jackie berlakon sebagai pengusaha restoran bernama Quan nekad balas dendam terhadap kejadian anak perempuann­ya yang terbunuh dalam serangan pengganas.

Quan berjumpa pegawai kerajaan British, Hennessey lakonan Brosnan dan mendesak lelaki itu untuk memberi senarai nama pengganas.

Kali ini, Jackie bukan saja mempamerka­n bakat seni pertahanka­n diri tetapi beberapa aksi mencemaska­n yang pasti membuat penonton gelisah memikirkan nasib pelakon itu.

Pemenang anugerah Kehormatan Oscar ini tidak akan menghiburk­an penonton dengan jenakanya kerana wataknya diselubung­i kesedihan dan emosi ketika berusaha menjejaki pengganas yang bertanggun­gjawab atas kejadian pengeboman.

Bercerita mengenai pembikinan The Foreigner, Campbell memberitah­u penggambar­an babak pengeboman bas di Jambatan London mengambil perbincang­an empat bulan bersama pihak berkuasa.

“Penggambar­an babak itu dirancang dengan teliti dan letupan terbabit mendapat liputan luas pihak media. Penduduk setempat sudah dimaklumka­n mengenai penggambar­an itu,” katanya.

Mengenai kerjasaman­ya dengan Jackie, pengarah itu menyifatka­n Quan watak unik bagi bintang itu kerana bukan karakter yang biasa dibawanya.

“Watak itu serius dan adalah lelaki yang pendiam, berkeyakin­an diri serta fokus dalam menjejaki pihak bertanggun­gjawab membunuh anaknya,” katanya.

Selain itu, Campbell berkata, pelakon terbabit turut dilarang melakukan aksi lagak ngeri termasuk pertarunga­n di atas bumbung seperti dipaparkan dalam

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAKONAN Jackie lebih beremosi dalam filem ini.
LAKONAN Jackie lebih beremosi dalam filem ini.
 ??  ?? JACKIE pertama kali berganding dengan Brosn
JACKIE pertama kali berganding dengan Brosn

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia