Harian Metro

GTAS dapat tapak tetap

-

jualan sendiri berjaya direalisas­ikan.

GTAS dianggotai 80 artis dan antara mereka yang membuka gerai di Astana GTAS ialah Anne sendiri, Ainina Ahmad B, Aida Aris, Aishah Atan, Syanie, Elly Raja Lawak, Hazan Rashid dan Nor Azifah Zainal Abidin.

Anne berkata, GTAS sebenarnya sudah lama mencari tapak berniaga yang tetap dan dicadangka­n beberapa lokasi tetapi mengambil keputusan memilih lokasi ini kerana pelbagai faktor.

“Kami pernah dicadangka­n berniaga di Space U8 Bukit Jelutong, Shamelin Mall dan Galaxy Ampang.

“Tapi memikirkan ahli GTAS menjual barangan yang berbeza, saya akhirnya memilih lokasi ini kerana terletak di pusat bandar raya,” katanya.

Menurutnya, kedai berkonsepk­an butik restoran dan kafe ini menjadi pusat sehenti untuk selebriti tempatan berkumpul dan menjadi medan terbaik untuk dikunjungi peminat.

“Di sini kami tampilkan butik artis, selebriti mini mart dan gerai makanan artis. Jadi semua yang dicari peminat ada terdapat di Astana GTAS.

“Saya amat berterima kasih pada ahli yang sanggup bersusah payah dari awal sehinggala­h GTAS berada pada kedudukan sekarang,” katanya.

Anne berkata, peluang akan terus diberikan kepada ahli yang aktif untuk menjana pendapatan tambahan menerusi bidang perniagaan.

“Masih terlalu awal untuk berfikir kerana kedai ini baru beroperasi pada minggu kedua Ramadan, tapi macam-macam perancanga­n terlintas antaranya untuk buat seminar, sidang media dan bengkel lakonan di sini.

“Secara tak langsung ini menyokong pendapatan artis yang berniaga di sini. Mereka berniaga secara percuma tapi GTAS hanya ambil bayaran 10 peratus untuk tabung dan penyelengg­araan,” katanya.

Anne berikrar akan mempromosi­kan Astana GTAS habis-habisan selepas Aidilfitri ini dan akan membuka cawangan seterusnya sekiranya mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.

“Saya hanya memilih artis yang sesuai untuk berniaga dan tak ambil sebarangan artis. Pemilihan artis senior dibuat bagi membantu mereka.

“Siapa lagi yang nak bantu kalau bukan GTAS? Lagipun, hampir 80 peratus ahli kami terdiri daripada ibu tunggal dan niat mereka hanya mencari rezeki tambahan menerusi perniagaan,” katanya.

 ??  ?? ANNE (berdiri enam dari kanan) bersama ahli GTAS.
ANNE (berdiri enam dari kanan) bersama ahli GTAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia