Harian Metro

Selaras kerja dengan dakwah

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Shamsul turut simpan impian jadi seperti M Rajoli

Selepas bergelar pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara, Shamsul Ghau Ghau kini turut aktif sebagai pendakwah.

Bekas juara program realiti Sinaran Pasport Kegemilang­an musim pertama ini mengakui sepanjang melakukan dua pekerjaan itu, dia melalui pelbagai rintangan dan cabaran.

“Dalam berdakwah, kalau kita buat baik orang akan bercakap dan kalau sebaliknya pun, orang akan tetap bercakap kerana ia bersifat subjektif. Ada yang akan suka dan ada yang tidak,” katanya.

Menurut Shamsul, sesetengah orang tidak boleh membezakan antara berdakwah mencari pahala dan mencari rezeki.

“Saya ada keluarga kena tanggung dan pelbagai benda yang perlu dibayar. Jadi, bidang seni adalah cara saya mencari rezeki untuk menanggung semua itu.

“Pernah terdetik dalam hati untuk meninggalk­an terus bidang seni, tetapi saya cuba berfikir semula dan sedar dakwah itu tiada sempadan.

“Dalam melakukan kerja sebagai anak seni pun, sebenarnya kita secara tak langsung boleh berdakwah.

“Contohnya kalau semua orang berdakwah di masjid, jadi siapa yang akan berdakwah di tempat lain? Ramai rakan artis ada beberapa persoalan mengenai solat dan ibadah tetapi tidak tahu saluran untuk bertanya. Jadi, sekurang-kurangnya saya boleh berkongsi dengan ilmu yang ada,” katanya.

Ditanya sama ada dia sendiri meletakkan beberapa syarat ketika menjayakan sesuatu watak, Shamsul berkata, dia masih menerima watak sebagai suami dengan pelakon wanita, cuma jika ada babak boleh dielakkan, dia cuba elakkan.

“Dalam persembaha­n pentas pula, saya tolak secara baik kerana sejujurnya mula rasa itu bukan lagi diri saya yang sebenar,” katanya.

Ditanya sama ada dia kini lebih cenderung kepada watak yang mencermink­an dirinya sebagai pendakwah, Shamsul tidak menolak sekiranya ada tawaran.

“Saya menyimpan impian menjadi seperti Allahyarha­m M Rajoli. Bukan saja watak biasa, tetapi dia juga mampu menjayakan watak sebagai pendakwah.

“Saya nak cari makan untuk keluarga. Dulu, saya pernah menganggur selama lima tahun kerana mahu fokus mencari ilmu dan sekarang, saya cuba selaraskan antara kerja dan dakwah,” katanya.

 ??  ?? Dalam persembaha­n pentas pula, saya tolak secara baik kerana sejujurnya mula rasa itu bukan lagi diri saya yang sebenar
Dalam persembaha­n pentas pula, saya tolak secara baik kerana sejujurnya mula rasa itu bukan lagi diri saya yang sebenar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia