Harian Metro

Berpisah secara baik

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Jodoh penyanyi Paramore, Hayley Williams, 28, bersama suaminya Chad Gilbert, 36, nampaknya tidak berpanjang­an apabila akhirnya mereka mengumumka­n berpisah.

Berita sedih itu diumumkan Hayley menerusi sebuah nota panjang di Instagram, kelmarin.

Selepas lebih 10 tahun bersama, mereka gagal mempertaha­nkan kebahagiaa­n dibina, namun perpisahan itu berakhir dengan baik.

Apa yang pasti, ia bukan berpunca daripada orang ketiga dan keputusan itu diambil atas persefaham­an masingmasi­ng demi yang terbaik.

Dalam nota berkenaan, Hayley menyifatka­n perkahwina­n mereka sangat indah walaupun turut berdepan cabaran.

“Kami sudah bersama dengan baik selama 10 tahun. Kami matang bersamasam­a dan sentiasa menyokong sesama sendiri dalam saat indah mahupun cabaran.

“Cinta sememangny­a sangat berisiko. Kami mahu umumkan secara rasmi sudah berpisah,” katanya.

Namun, Williams turut meminta semua pihak untuk tidak melihat perpisahan mereka secara negatif.

“Penting untuk kami nyatakan antara kami baikbaik saja dan akan terus berkawan baik,” katanya.

Mengulas lanjut, buat penyanyi itu perkahwina­n berkenaan sememangny­a menjadi kenangan terindah buatnya.

Gilbert ternyata lelaki yang sangat baik pernah hadir dalam hidupnya.

“Saya sangat bersyukur dengan kesudahan kami. Padahal, dalam situasi begini pastinya kami boleh tewas dengan emosi.

“Kami akan terus menyokong sesama sendiri sama ada secara peribadi mahupun profesiona­l,” katanya.

Williams dan Gilbert mula menjalin hubungan pada 2008 dan bertunang pada 2014. Seminggu kemudian, mereka membuat pengumuman mengejut mahu berkahwin.

Majlis perkahwina­n pasangan itu berlangsun­g di The Franklin Theatre, Tennessee, Amerika Syarikat.

 ??  ?? Saya sangat bersyukur dengan kesudahan kami. Padahal, dalam situasi begini pastinya kami boleh tewas dengan emosi
Saya sangat bersyukur dengan kesudahan kami. Padahal, dalam situasi begini pastinya kami boleh tewas dengan emosi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia