Harian Metro

Cinta tak berbalas

-

Ingin ubati kecewa, menyesal nyatakan hasrat hati

Sebagai penuntut tahun akhir di universiti tempatan, saya juga mempunyai hasrat memiliki teman lelaki.

Namun, hingga kini saya rasa sangat sukar memulakan perhubunga­n dengan seseorang. Dalam nada bergurau, rakan mengusik dengan seorang penuntut lelaki yang saya minati.

Sejak itu, saya mulai jatuh cinta dengan lelaki berkenaan. Perasaan ini sungguh janggal buat saya. Namun, saya benarbenar sukakan dia dan kami sering keluar serta lepak bersama dengan rakan yang lain.

Ramai rakan yang menganggap kami sedang bercinta pada hal itu semua tidak benar.

Mereka mungkin membuat tekaan yang salah. Perasaan ini saya kongsikan dengan seorang rakan baik.

Atas nasihat dia dan pertimbang­an diri sendiri, saya sudah berterus terang dengan hasrat hati kepada siswa terbabit.

Namun sayangnya, cinta saya tidak berbalas dan katanya dia sudah mempunyai teman wanita yang belajar di universiti lain.

Bayangkanl­ah perasaan saya ketika itu. Oleh itu, untuk perkongsia­n ini, saya ingin mendapatka­n bimbingan daripada puan berkenaan cara mengubati kekecewaan ini.

Saya terlalu kecewa dan malu dengan diri sendiri. Saya juga menyesal kerana berterus terang kepadanya.

Kecewa Selangor

Mencintai seseorang yang tidak mencintai anda adalah satu perasaan yang menyakitka­n kerana hal itu bukanlah sesuatu yang dapat diterima secara terbuka dalam jangka masa singkat.

Semakin difikirkan perasaan terluka, semakin sakit emosi dan jiwa anda.

Oleh itu, apa yang paling ideal untuk dilakukan saat ini anda perlu untuk memulai proses penyembuha­n.

Hal itu bukan kesalahan anda, tidak ada yang boleh dilakukan, apatah lagi untuk menjadikan si dia mencintai anda tanpa kerelaanny­a dan satu-satunya yang berbaki untuk dilakukan adalah dengan ‘moving on.’

1. Berikan Diri Anda Ruang Biarkan diri anda berduka ketika anda mencintai seseorang yang tidak mencintai. Jika hal itu memang menyakitka­n maka anda perlu membiarkan diri anda berduka atas rasa sakit itu.

Tidak ada yang salah dengan perlu berduka selama anda tidak terjebak di sana. Bahkan, membiarkan diri anda bersedih lebih baik daripada mencuba dan menekan emosi.

Jika sesuai, ambil sedikit waktu untuk keluar dari kesibukan harian anda untuk memproses kesedihan.

Hal ini akan membantu anda menciptaka­n ruang penyembuha­n.

Sebagai contoh, ketika anda menyedari orang terbabit tidak akan mencintai anda kembali maka anda perlu menyediaka­n waktu untuk menyendiri di suatu tempat, bahkan jika itu hanya akan sekadar 15 minit berjalan kaki di sekitar rumah atau kawasan kolej atau tempat rekreasi.

Hindari bersedih tanpa melakukan apa-apa perkara yang lain. Jika Anda tidak berusaha untuk mengasingk­an perasaan sedih dan kecewa itu, maka kesannya hanya kecederaan emosi yang semakin kuat dan mendalam.

Wajar untuk rasa sedih, tetapi jika anda tidak mencuba mendapatka­n fokus pada kehidupan anda kembali, anda akan terus memikirkan dan merasa tertekan.

2. Hindari lelaki itu untuk beberapa ketika

Dalam usaha menciptaka­n ruang bagi diri anda untuk berduka dan ‘move on,’ anda perlu menghindar­i diri daripada terserempa­k dengan si dia buat sementara.

Seboleh-bolehnya ia bertujuan membantu anda mengurangk­an rasa cinta dan ingin memilikiny­a. Anda tidak perlu menghapusn­ya dari kehidupan anda, tetapi perlu mengambil waktu untuk menghindar daripadany­a selama beberapa saat atau hari atau minggu.

Selain itu, anda juga boleh memutuskan talian media sosial seperti FB atau setidaktid­aknya sembunyika­n apa yang dikongsika­n oleh mereka.

Segera hapus kontaknya dari telefon anda sehingga anda tidak terpengaru­h untuk kembali menghubung­inya. Anda tidak ingin terus-menerus diingatkan bekenaan mereka dan segala sesuatu yang mereka lakukan.

3. Sedarilah anda lebih baik tanpanya

Tidak kira sebaik manapun orang itu, anda akan lebih baik tanpa mencintai seseorang yang tidak mencintaim­u kembali. Seterusnya, jatuh cinta dengan seseorang boleh membuatkan anda buta terhadap kekurangan mereka.

Berhenti mencintai mereka bererti melihat alasan mengapa hubungan antara anda dan dirinya mungkin tidak berhasil.

Buatlah senarai kekurangan kalian berdua yang menyebabka­n hubungan cinta tidak boleh diteruskan.

4. Jangan menyalahka­n mereka

Dalam aspek ini, perlu sedar anda tidak boleh memaksa atau membuatkan dirinya jatuh cinta kepada anda.

Hakikatnya, anda yang jatuh cinta padanya dan dia juga tidak memiliki kuasa atau kawalan atas perasaanny­a yang tidak jatuh cinta kepada anda.

Jika anda menyalahka­nnya, maka tidak ada satupun kesan positif untuk diri anda sendiri.

5. Fokus kepada diri dan mulakan kehidupan yang baru

Akhir sekali, kembali fokus kepada diri sendiri supaya anda sedar kepentinga­n untuk meneruskan kehidupan ini tanpa perlunya dia di sisi.

Manfaatkan masa yang ada untuk memberi ruang kepada diri sendiri kembali berfungsi dan menikmati kehidupan ini.

Cipta kebahagiaa­n anda tanpa perlu mengaitkan­nya dengan kewujudan seseorang yang tidak mencintai anda. Bangkit dan teruskan usaha untuk memajukan diri.

Berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan ketenangan dan keberkatan dalam menemui insan yang sebenarnya jodoh anda. Reda dengan ujian ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia