Harian Metro

Benteng pesisir pantai

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

44 penuntut, 3 pensyarah Cosmopoint Sungai Petani tanam pokok bakau

Meredah lumpur sedalam 0.5 meter seawal jam 7 pagi dengan matlamat memastikan ekosistem paya bakau kekal terjaga, tidak mematahkan semangat 44 penuntut dan tiga pensyarah Cosmopoint Sungai Petani, Kedah menjalanka­n khidmat sosial itu.

Program Penanaman Pokok Bakau Sempena

Hari Perhutanan Sedunia kelolaan kelab Nature of Spirit (NAF’S) berusaha memulihkan kawasan bakau di pesisir pantai Alor Ibus, Kuala Kedah.

Penasihat Program Herman Falini Addriadi Noor Rose berkata, program itu bertujuan memberikan pendedahan kepada penuntut berkenaan kepentinga­n pokok bakau sebagai salah satu ekosistem yang perlu dijaga dan dipulihara.

“Pokok bakau sangat penting kerana ia benteng kepada pesisir pantai. Pantai Alor Ibus adalah antara tempat yang pernah dilanda bencana tsunami pada 2004.

“Banyak rumah dan tanaman yang musnah akibat bencana itu. Jadi dengan adanya pokok bakau ini boleh mengurangk­an tekanan gelombang lautan, sekali gus benteng ombak besar,” katanya.

Menurut Herman Falini, kebanyakan penduduk di situ menjalanka­n perusahaan belacan dan kebanyakan­nya terdiri daripada golongan berpendapa­tan rendah.

Program itu turut disertai kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan pada program itu 200 anak pokok bakau ditanam sepanjang pesisir pantai itu.

“Menyedari tanggungja­wab sosial ini, kami bertungkus-lumus meredah lumpur untuk menanam anak pokok bakau.

“Penduduk turut memberi kerjasama apabila turut mengambil bahagian membantu penuntut yang kebanyakan kali pertama menyertai program sebegini,” katanya.

Beliau berharap, program berkenaan dapat memupuk rasa cinta kepada alam sekitar dalam kalangan penuntut kolej dan orang awam dalam usaha menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungja­wab bersama.

 ??  ?? PESERTA selepas kerja menanam poko bakau selesai.
PESERTA selepas kerja menanam poko bakau selesai.
 ??  ?? BERSEMANGA­T biarpun terpaksa meredah lumpur.
BERSEMANGA­T biarpun terpaksa meredah lumpur.
 ??  ?? PESERTA mendapat bantuan daripada kakitangan
Jabatan Perhutanan Kedah mengenai cara
menanam.
PESERTA mendapat bantuan daripada kakitangan Jabatan Perhutanan Kedah mengenai cara menanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia