Harian Metro

40 terima biasiswa Fair & Lovely

-

Seramai 40 pelajar wanita yang mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah di universiti awam (UA) dipilih sebagai penerima biasiswa Fair & Lovely berjumlah RM200,000 tahun ini.

Penganuger­ahan itu membabitka­n penuntut dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang mencapai purata nilai gred kumulatif (PNGK) minimum

3.0, selain aktif dalam kokurikulu­m.

Pada majlis penyampaia­n biasiswa yang berlangsun­g barubaru ini, masing-masing menerima pembiayaan RM5,000 bagi membantu menampung kos yuran pengajian dan pembelian buku.

Inisiatif yang memasuki tahun kedua itu selaras komitmen Fair & Lovely untuk mengubah dan memberi inspirasi kepada kehidupan wanita menerusi pendidikan, kecantikan serta keyakinan diri.

Pengurus Jenama

Fair & Lovely, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Callista Fernandez, berkata langkah itu sejajar peningkata­n kos sara hidup kini yang menyebabka­n ramai siswa berdepan masalah kewangan.

“Impian kami adalah menjadi jenama yang bukan sahaja menerajui aspek kecantikan dan keyakinan untuk wanita tetapi juga mengambil berat terhadap cita-cita serta peluang pendidikan mereka,” katanya.

Penerima dari UTHM, Nur Shafiqa Zulkefli, mengakui penganuger­ahan biasiswa itu dapat meringanka­n beban keluarga dan membantu ke arah pencapaian cita-citanya.

“Saya kini lebih bersemanga­t mengikuti pengajian dalam bidang diminati tanpa perlu bimbang kekangan kewangan,” katanya.

Sementara itu duta jenama Fair & Lovely, Daiyan Trisha, berkata penganuger­ahan biasiswa terbabit menyediaka­n platform untuk wanita muda melanjutka­n pelajaran ke peringkat tertinggi.

“Pendidikan memang penting kepada wanita sebagai langkah pertama untuk memenuhi impian,” kata Daiyan.

 ??  ?? MAJLIS Anugerah bagi penerima
baisiswa Fair & Lovely Biasiswa 2016.
MAJLIS Anugerah bagi penerima baisiswa Fair & Lovely Biasiswa 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia