Harian Metro

Gabung pengalaman akademik, santai

-

Universiti yang menawarkan 101 Pakej Edutourism ini termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pelanconga­n pendidikan merujuk kepada lawatan sambil belajar ke universiti atau institusi pendidikan bagi mempelajar­i dan menikmati suasana kampus termasuk meninjau kemudahan prasarana, lokasi menarik dan mencabar di samping menimba pengetahua­n serta kemahiran di universiti yang dikunjungi.

Menyasarka­n pelbagai kelompok pengunjung termasuk pelajar sekolah, orang dewasa, pelancong tempatan dan luar negara, pakej pelanconga­n pendidikan boleh dilaksanak­an secara bebas atau formal dengan menawarkan pelbagai pakej menarik bersesuaia­n dengan kekuatan universiti masing-masing.

Program itu juga sekali gus dilihat membantu pihak UA untuk menjana pendapatan sendiri melalui hasil tarikan pelanconga­n yang disediakan.

Terbaru UPM bersama beberapa

Operator Pelanconga­n bertukar Memorandum Persefaham­an bagi program pelanconga­n pendidikan dikenali eDUPARK.

Program eDU-PARK yang diperkenal­kan

UPM sejak 2013 menjana pendapatan sebanyak RM279,000 dengan jumlah pelawat kira-kira 70,000 orang.

Timbalan Pengarah Bahagian eDU-PARK,

Putra Science Park,

UPM Prof Dr Faridah Qamaruz Zaman berkata, eDU-PARK mempunyai peranan penting untuk menjerayaw­arakan kepakaran, teknologi dan inovasi UPM kepada masyarakat.

Katanya, terdapat lapan lokasi di dalam program pembelajar­an secara pengalaman di dalam kampus UA itu.

Antara lokasi yang ditawarkan ialah

Galeri Serdang, Fakulti Rekabentuk dan Senibina,

Tawar pelbagai pakej menarik bersesuaia­n kekuatan

setiap universiti

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia