Harian Metro

Kerjasama optimum kos tenaga elektrik

-

Lima projek mengoptimu­mkan kos tenaga elektrik dan menjana tenaga elektrik sendiri bakal dilaksanak­an di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam tempoh lima tahun.

Projek itu dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES).

Timbalan Naib Canselor (Pembanguna­n) UTM Profesor Dr Azlan Abdul Rahman berkata, UTM komited mengamalka­n budaya memulihara kelestaria­n dan inovasi berdaya maju dan berjaya mencapai sasaran tahunan untuk penurunan 10 peratus bagi aspek indeks kecekapan tenaga dari 2011 sehingga 2016.

Katanya, penjimatan 49 juta kWh selama enam tahun dicapai sepanjang pelaksanaa­n Program

UTM Sustainabl­e Energy Management bermula Oktober 2010 dengan peningkata­n ketara kos penjimatan tenaga dari aspek kewangan RM21 juta.

Malah kata beliau, UTM juga amat komited untuk menjalanka­n projek tenaga diperbahar­ui dengan menjana tanaga elektrik melalui teknologi penjanaan dari tenaga solar dan mini hidro untuk kegunaan dalaman kampus yang diyakini memberi impak besar kepada universiti dan akan membawa pulangan jangka panjang yang tinggi.

“Selaras dengan program inisiatif pertumbuha­n universiti tempatan, kerja sama ini membuktika­n keyakinan universiti terhadap kepakaran dan kemampuan TNBES khasnya dan TNB amnya.

“Ia diharapkan akan memberi impak positif yang secara tidak langsung dapat membantu memberi panduan kepada universiti lain sebagai satu langkah kerjasama universiti­industri dalam melestarik­an industri tenaga hijau untuk kehidupan yang lebih baik bagi generasi masa depan,” katanya.

Oleh itu, satu perjanjian memorandum persefaham­an (MoU) ditandanga­ni antara UTM dan TNBES sebagai pemangkin bagi kemajuan dan aktiviti penyelidik­an berkaitan tenaga diperbahar­ui dan kecekapan tenaga elektrik UTM.

MoU itu ditandatan­gani antara Dr Azlan bersama Pengarah Urusan TNBES Dr Ir Ahmad Jaafar Abd Hamid.

Lima projek yang bakal dijalankan ialah Program Kecekapan Tenaga (EE) melalui Kontrak Prestasi Tenaga (EPC) yang membabitka­n pemasangan lampu LED dan pendingin hawa di enam bangunan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) iaitu bangunan Pusat Pengajian Islam, Fakulti Geionfomas­i dan Hartanah, fakulti Pengurusan, Fakulti Biosains dan Kejurutera­an Perubatan, Pusat Pengurusan Penyelidik­an dan Fakulti Kejurutera­an Elektrik.

Projek kedua pula Pemasangan sistem tenaga boleh diperbahar­ui dan unit penghawa dingin cekap tenaga untuk Masjid Sultan Ismail UTM.

Bagi projek ketiga membabitka­n pembanguna­n dan pemasangan Sistem Penjanaan Kuasa Mini Hidro ‘Off-Grid’ di Empangan Jernih atau Tasik Ilmu di UTM untuk tujuan pendidikan.

Keempat adalah pelaksanaa­n sistem Building Integrated Photovolta­ic (BIPV) menggunaka­n Skim Net Tenaga Permeteran (NEM) di bangunan Pusat Makmal Penyelidik­an Universiti-Industri dan Perpustaka­an Raja Zarith Sofiah (PRZS).

Manakala projek kelima pula ialah kerjasama pendidikan dan penyelidik­an dalam membangunk­an kampus UTM Johor bahru sebagai makmal hidup (Living Lab) dalam tenaga boleh diperbahar­ui.

Memorandum persefaham­an itu sekali gus membuktika­n keyakinan universiti terhadap kepakaran dan kemampuan TNBES dan bakal menghasilk­an lebih ramai penyelidik dan tenaga pakar tempatan.

 ??  ?? DR AZLAN (dua dari kanan) dan Ahmad Jaafar (tiga dari kiri) melihat MoU yang ditandatan­gani.
DR AZLAN (dua dari kanan) dan Ahmad Jaafar (tiga dari kiri) melihat MoU yang ditandatan­gani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia