Harian Metro

Band UPSI ungguli Rentak Bitara

-

hadiah dalam beberapa kategori anugerah khas.

Kategori Video Viral dimenangi Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di tempat kedua dan ketiga, UPSI manakala kategori Gitaris Terbaik dimenangi Universiti Malaya (UM); UPSI (kedua) dan ketiga dimenangi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kategori Bassist Terbaik dimenangi UM, UPSI (kedua) dan ketiga disandang UniMAP.

Kategori Drummer Terbaik diungguli kumpulan dari UM; UTHM (kedua), dan UPSI (ketiga).

Seterusnya kategori Keybordist Terbaik dimenangi pasukan UniMAP, UPSI (kedua) dan UM (ketiga) sementara kategori Vokal Terbaik disandang peserta UPSI, Universiti Utara Malaysia (UUM) tempat kedua dan UM (ketiga). Johan setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM100.

Bagi kategori Susunan Muzik Terbaik kejuaraan menjadi milik UM (RM300), UPSI (kedua) dan UTHM (ketiga).

Juara setiap kategori Persembaha­n Terbaik menyaksika­n kumpulan UTHM muncul juara yang meraih wang tunai RM300; UUM (kedua) dan tempat ketiga dimenangi kumpulan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM).

Kategori Terbuka dengan juara menggondol hadiah wang tunai RM3,000 dimenangi kumpulan Dominant Seven FASOLA, naib johan, Indrasutra (naib juara) mendapat RM2,000 dan Rhythm of Nature (ketiga) memperoleh RM1,000.

Johan keseluruha­n yang membawa pulang wang tunai RM3,000 dimenangi UPSI, UM (kedua) membawa pulang (RM2,000) manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan dari UTHM meraih wang tunai RM1,000.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor

(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Md Amin Md Taff yang menyampaik­an hadiah kepada pemenang berkata pertanding­an itu menjadi pentas untuk mahasiswa menonjolka­n bakat dalam bidang muzik.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta Rentak Bitara yang menyokong penganjura­n program dalam usaha melahirkan bakat mahasiswa sekali gus meningkatk­an kemahiran insaniah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MD Amin(tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek RM3,000 kepada pasukan UPSI
yang muncul juara keseluruha­n.
MD Amin(tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek RM3,000 kepada pasukan UPSI yang muncul juara keseluruha­n.
 ??  ?? MD Amin bersama pemuzik dan penyanyi yang mewakili UPSI.
MD Amin bersama pemuzik dan penyanyi yang mewakili UPSI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia