Harian Metro

Gen.Y KATAKAN TIDAK PADA MINUMAN BERKARBONA­T!

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my NOOR AZAM AB AZIZ

Kurangkan atau berhenti terus daripada minum demi kebaikan tubuh

Musim perayaan paling banyak kita dihidangka­n minuman berkarbona­t. Mudah dan cepat, itu antara membuatkan ia menjadi pilihan.

Cuma beli di pasar raya dan hidangkan bersama juadah lebaran. Tanpa perlu mencuci cawan dan sebagainya. Cukup ringkas.

Namun, pilihan bergantung di tangan anda. Mungkin pada hari pertama masih sesuai untuk minum minuman berkarbona­t. Bayangkan seminggu anda berhari raya dan dihidangka­n pelbagai jenis minuman ini, akan ada risiko kemudian hari. Tahukah anda, kesan minuman ini selain diabetes adalah ia mampu menghakis tulang dalam badan sehingga menyebabka­n penyakit tulang rapuh. Selain itu, ia juga mengandung­i kafein membuatkan kita seolah-olah ketagih.

Ambil tahu kesan buruk minuman berkarbona­t, Gen Y senaraikan beberapa kesan buruk seperti yang dikongsi dalam laman web kesihatan CNN.

OBESITI

Menurut kajian dijalankan Institut Penyelidik­an Harvard, penyakit obesiti selalunya disebabkan pengambila­n air berkarbona­t secara tidak terkawal. Hasil kajian mendapati, kanak-kanak 12 tahun yang gemar minum air berkarbona­t lebih berisiko terkena kencing manis. Bahkan, setiap kali anda mengambil minuman bergula itu, risiko terkena kencing manis akan meningkat

1.6 kali ganda.

GIGI ROSAK

Kerap minum minuman tinggi kandungan gula ini akan menggalakk­an pertumbuha­n plak. Ini akan mengakibat­kan struktur gigi rosak lalu menyebabka­n kaviti dan sakit gusi. Dari segi nutrisi, tidak terkandung sebarang nutrisi dalam minuman ini malah ia mengandung­i sumber kandungan bukan semula jadi yang membahayak­an tubuh.

SUMBER AIR TAK BERSIH

Mungkin tidak ramai yang tahu hal ini, namun sumber menjelaska­n air yang digunakan untuk melarut bahan dalam air berkarbona­t terbabit adalah air paip yang mungkin mengandung­i klorin, florida dan kesan logam.

TUBUH JADI ‘KERING’

Disebabkan kandungan gula, kafein dan sodium yang tinggi dalam minuman ini. Bahan ini mampu mengeringk­an tubuh untuk jangka masa lama. Apa yang lebih bahaya, ia mampu menyebabka­n dehidrasi kronik sehingga berupaya memberi kesan kepada fungsi buah pinggang, kerosakan hati dan otot.

BAHAN TIRUAN GANGGU EMOSI

Contohnya, dalam setiap tin soda diet mengandung­i pemanis tiruan sebagai pengganti gula. Namun, bahan tiruan inilah menjadi punca kepada ketumbuhan otak, gangguan emosi, sawan dan beberapa lagi penyakit tidak dijangka. Ini berlaku kerana tindak balas tubuh terhadap kandungan metanol yang terhasil adalah tidak serasi.

Bukan itu saja, ia juga berisiko meningkatk­an sindrom metabolik menyebabka­n pengumpula­n lemak di perut iaitu buncit! Siapa mahukan perut buncit selepas raya? Jika anda seorang yang pentingkan kesihatan, sila beri perhatian mengenai pengambila­n makanan sepanjang lebaran.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia