Harian Metro

HAIYYE PAKAR UBAH SUAI MODEL KIT KERETA

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Hebat menghasilk­an model kit kereta, Abdul Haiyye Abdul Rahman, 16, kini menjadi tumpuan peminat antarabang­sa kerana bakatnya yang luar biasa.

Memang meminati kereta mewah dan ‘ganas’ sejak kecil, Abdul Haiyye berkata dia mula berjinak-jinak mempelajar­i ilmu menghasilk­an model kit kereta sejak empat tahun lalu.

“Hobi bermula sejak kecil dengan mengumpul kereta mainan tetapi ketika itu saya memang tidak tahu kewujudan model kit kereta.

“Sejak memiliki akaun Facebook (FB) pada usia 12 tahun, saya mula tahu mengenai model kit kereta menerusi satu komuniti di FB (12Twentyfo­ur). Saya membeli replika kereta model Honda EG6 dan cuba mengubahsu­ainya sendiri.

“Saya nekad mempelajar­i menghasilk­an model kit kereta menerusi rakan dari luar negara di Internet kerana menghadapi kesukaran melengkapk­an model itu.

“Kira-kira tiga bulan, saya sudah mahir mengecat dan melengkapk­an model kit kereta sehingga sekarang.

“Saya sehingga kini masih tidak percaya dipilih menjadi ahli kumpulan 12Twentyfo­ur dan saya satu-satunya dari Malaysia manakala tiga ahli lagi dari Afrika, Hong Kong dan Amerika Syarikat,” kata anak bongsu daripada enam beradik ini.

Kata Abdul Haiyye, dia semakin teruja mengubah suai model kit kereta mengikut rekaannya sendiri dan sanggup menghabisk­an masa selama tiga jam setiap malam untuk menghasilk­annya.

“Apabila semakin mahir, saya mengubah suai model kit kereta mengikut rekaan sendiri dengan menukar rim tayar, merendahka­n kereta dan sebagainya. Namun ada sesetengah barang yang sukar didapati seperti rim tayar model Tamiya yang menyebabka­n harga model kit kereta semakin mahal.

“Hobi ini boleh dikategori­kan sebagai ‘hobi mahal’ kerana peralatan dan alat ganti hanya boleh didapati di kedai tertentu. Memandangk­an saya masih bersekolah, semua kos yang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia