Harian Metro

PERANG DAN HARI RAYA

-

Aidilfitri untuk bergembira tapi janganlah

sampai melampaui batas

pada hari raya beliau menjawab: “Katakanlah kepada yang lain apabila bertemu dengan ucapan: ‘Semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu.’” (Majmu’ al-Fatawa 24/253)

Tak salah untuk kita ucap maaf zahir batin dan sebagainya tapi lebih cantik dan elok jika ditambah dengan amalan sunah. Apatah lagi ucapan itu berupa doa kita untuk semua orang.

Takbir hari raya

Antara amalan menjelang hari raya ialah bertakbir dari Maghrib pada malam raya sehinggala­h tatkala khatib bangkit menyampaik­an khutbah pada pagi raya. Pernah tak kita teliti lafaz takbir? Jom kita tengok maksudnya antaranya:

- Tiada Tuhan melainkan Allah yang satu - Dialah yang membenarka­n janji-Nya - Dialah yang menolong hamba-Nya - Dialah yang menguatkan bala tenteraNya

- Dialah yang menewaskan bala tentera

Ahzab

Menarik bukan? Kala kita diwajibkan bergembira pada hari raya pertama malah diharamkan berpuasa, tiba-tiba dalam lafaz takbir, kita menyebut mengenai perang. Agak-agaknya jika kita jadi tukang buat lirik takbir, pasti kita akan sebut kuih raya, baju raya, duit raya, sofa raya, lampu lip-lap, ketupat, sate, lemang dan sebagainya. Tapi kenapa perang?

Jangan lupa diri

Bukan kerana Islam menggalakk­an perang, tetapi agama nak mengingatk­an kita tatkala bergembira janganlah sampai melampaui batas sehingga lupa diri seperti membazir, leka daripada solat, pergaulan bebas dan pelbagai tingkah laku negatif.

Takbir hari raya juga mengingatk­an kita mengenai perjuangan. Perjuangan menegakkan agama. Di mana bumi dipijak, di situ hukum Allah dijunjung. Pada kesempatan ini, saya ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca kolum ini. Moga Allah menerima ibadah kita sepanjang Ramadan. Maaf zahir dan batin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia