Harian Metro

Sakit kepala simptom bukan penyebab

-

Lelaki mempunyai kebarangka­lian lebih didiagnos ketumbuhan otak

berbanding wanita

DARI MUKA 15

Sebaliknya ketumbuhan otak primer malignan pula membabitka­n proses pertumbuha­n yang pantas dan boleh menyerang tisu berhampira­n.

Ketumbuhan ini jarang sekali merebak ke tisu luar daripada otak dan berpeluang untuk berulang kembali selepas pembedahan pembuangan sepenuhnya dilakukan.

Kedua-dua jenis ketumbuhan di atas boleh membesar dan menyebabka­n tekanan ke atas struktur lain seperti mata yang boleh mengakibat­kan kebutaan.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementeria­n Kesihatan Malaysia, kekerapan terjadinya ketumbuhan otak primer amat rendah. Lebih rendah lagi ketumbuhan otak malignan dalam lingkungan dua peratus daripada keseluruha­n kanser dalam kalangan orang dewasa.

Di United Kingdom, keseluruha­n insiden tahunan untuk semua ketumbuhan otak adalah pada kadar tujuh bagi 100,000 penduduk. Di Amerika Syarikat, insiden bagi semua ketumbuhan otak adalah 46 bagi 100,000 penduduk setiap tahun dan hanya 15 bagi 100,000 daripada mereka adalah ketumbuhan otak primer.

Golongan lelaki mempunyai kebarangka­lian yang lebih untuk didiagnos dengan ketumbuhan otak berbanding wanita (nisbah 1.5:1)

SAKIT KEPALA, TUMOR OTAK

Menurut Pakar Bedah Saraf Hospital Beacon Dr Chee Chee Pin, sakit kepala adalah gejala atau simptom dan bukan penyebab kepada kanser otak, namun jangan ambil mudah kehadirann­ya.

“Ada beberapa sebab sakit kepala boleh terjadi. Sebab biasa sakit kepala adalah migrain, ketegangan, vaskular atau sakit kepala berkelompo­k, kesan serius tumor otak, darah beku, pendarahan subaraknoi­d daripada aneurisme serta jangkitan seperti meningitis dan otak bernanah.

“Akibat mengambil ringan sakit kepala, ia mungkin menyebabka­n kesan yang lebih serius seperti rasa mengantuk, lumpuh, sawan, koma dan mengancam nyawa,” katanya.

Selain itu, terdapat simptom tambahan lain yang boleh menjadi sebab kepada sakit kepala yang serius dan memberi isyarat kepada penyakit tertentu. Antaranya:

- Muntah, kabur penglihata­n bersama-sama dengan menunjukka­n peningkata­n tekanan intrakrani­um (tekanan di kepala).

- Kelemahan, kebas kaki dan badan.

 ??  ?? KETUMBUHAN otak terbahagi kepada dua jenis.
KETUMBUHAN otak terbahagi kepada dua jenis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia