Harian Metro

PENYAKIT BIASA

- PANDUAN CEGAH PENYAKIT BIASA

Jaga aspek kesihatan

dalam pemakanan, jangan abai kebersihan

DARI MUKA 15

Menurut Pakar Bedah Am Hospital Columbia Asia Cheras Dr Mohd Razale Hassan, terdapat beberapa penyakit yang sering dikaitkan masyarakat dan biasa menyerang ketika musim perayaan.

“Antara penyakit biasa musim raya adalah keracunan makanan. Ia boleh disebabkan beberapa faktor seperti tidak menjaga kebersihan semasa penyediaan makanan, cara penyimpana­n tidak sesuai atau kurang bersih, makanan yang basi atau berlaku pencemaran.

“Keracunan makanan boleh memberi bahaya kepada kita jika berlaku dehidrasi atau cirit-birit berlebihan atau sawan,” katanya.

Selain itu, ada juga pesakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal. Ini disebabkan pesakit tidak mengambil ubat secara berkala atau ditetapkan, makan makanan manis, masin atau berlemak yang berlebihan serta tidak cukup rehat.

Jika penyakit ini tidak dapat dikawal dengan baik ia boleh memberi kesan kepada pesakit. Misalnya, pesakit kencing manis berdepan dengan komplikasi jangkitan manakala pesakit darah tinggi yang boleh meningkatk­an risiko angin ahmar.

“Bukan itu saja, serangan penyakit gout juga boleh berlaku jika pesakit makan makanan tinggi asid urik seperti udang, ketam, sotong dan daging mentah.

“Penyakit gastritis pula boleh menyerang jika individu itu mengambil makanan pedas yang berlebihan sekali gus menyebabka­n pedih hulu hati.

“Penyakit bawaan udara juga boleh menyerang terutama mendapat jangkitan daripada saudaramar­a yang sedang sakit seperti jangkitan paru-paru dan tekak,” katanya.

“Bagi mengelakka­n penyakit biasa menyerang dan menjejaska­n aktiviti sepanjang Syawal, sebaikbaik­nya makan berpadapad­a dan jangan ikut nafsu.

“Ikut jadual pengambila­n ubat-ubatan yang ditetapkan kepada pesakit sedia ada dan mencegah lebih baik daripada merawat,” katanya.

Jelas Dr Mohd Razale, ada beberapa panduan yang mungkin boleh membantu mencegah penyakit biasa yang menyerang di musim perayaan. Antaranya:

1. Keracunan makanan -

Ia boleh dicegah dengan menjaga kebersihan makanan, penyediaan atau simpanan yang elok dan betul. Risiko mendapat masalah ini muncul apabila berada di persekitar­an tempat penyediaan yang tidak bersih.

2. Kencing manis - Makan makanan seimbang , kurang manis dan jangan mengikut nafsu makan. Makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan. Risiko penyakit kencing manis boleh berlaku dalam kalangan orang yang sedia ada penyakit dan mempunyai faktor keturunan.

3. Serangan gout - Kurangkan makanan laut dan bercangker­ang serta organ dalaman seperti hati atau limpa. Elakkan juga makanan berasaskan kekacang.

4. Gastritis - Sebaiknya, elakkan makanan pedas dan masam. Risiko mendapat masalah penyakit ini boleh berlaku jika individu berkenaan pernah ada gastritis sebelum ini atau mengambil ubat tahan sakit berpanjang­an.

5. Penyakit bawaan udara - Ia boleh dicegah dengan memakai topeng jika melawat atau berhubung dengan orang sakit. Elakkan tempat sesak dan padat dengan orang.

Risiko penyakit bawaan udara boleh berlaku dalam kalangan pesakit asma, bayi, kanak-kanak atau terdedah dengan persekitar­an berhabuk.

- Hajahfarha­na Tarmudi

 ??  ??
 ??  ?? BERSEDERHA­NA apabila makan.
BERSEDERHA­NA apabila makan.
 ??  ?? KURANGKAN makanan laut elak gout.
KURANGKAN makanan laut elak gout.
 ??  ?? DR Mohd Razale
DR Mohd Razale

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia