Harian Metro

Malaria mampu dicegah

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Mei lalu, negara kita dikejutkan dengan peningkata­n kes dan pengesanan parasit malaria baru di tiga kampung di Kuching, Sarawak.

Parasit itu dikenal pasti sebagai Plasmodium knowlesii dipindahka­n daripada monyet yang dijangkiti kepada nyamuk anopheles dan kemudian dipindahka­n pula kepada manusia.

Jika digigit nyamuk anopheles yang dijangkiti, parasit itu dilepaskan ke aliran darah dan bergerak ke hati di mana ia akan menjadi matang.

Parasit ini kemudian masuk kembali ke dalam aliran darah dan mula menjangkit­i sel darah merah yang menyebabka­n gejala tipikal malaria.

Pakar Perubatan Keluarga Pusat Perubatan IMU Dr Verna Lee Kar Mun berkata, gejala malaria bermula dari tujuh hari hingga sebulan, iaitu dalam tempoh inkubasi.

Katanya, gejala awal umum termasuk demam, sakit kepala, menggigil dan muntah, mungkin ringan dan tidak jelas, sehingga sukar mengenal pasti jangkitan awal malaria.

“Gejala kemudian muncul dan dalam kitaran. Selang waktu antara demam dan sejuk berbeza antara 24 hingga 72 jam di antara lima spesies parasit malaria. Beberapa spesies boleh menyebabka­n komplikasi yang lebih serius, seperti kerosakan pada jantung, paru-paru, ginjal atau otak dan membawa maut.

“Ada beberapa kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti malaria. Kumpulan ini adalah bayi, kanak-kanak di bawah usia lima tahun, wanita hamil dengan HIV/AIDS, pendatang asing yang tidak imun, populasi yang berpindah dan pelancong,” katanya.

DIAGNOSIS

Menurut Dr Verna, diagnosis awal dan tepat sangat penting untuk memastikan penyakit dapat ditangani dengan cepat dan efektif serta pemantauan pantas bagi mencegah penyebaran jangkitan dalam masyarakat melalui nyamuk tempatan

Katanya, gejala malaria yang mirip flu kadangkala sukar dikesan namun, malaria boleh ditentukan berdasarka­n sejarah perjalanan seseorang ke negara endemik, gejala dan penemuan pemeriksaa­n fizikal.

Oleh itu, katanya untuk memastikan diagnosis, ujian darah harus menunjukka­n adanya parasit malaria atau komponenny­a.

“Kelewatan diagnosis dan rawatan adalah penyebab utama kematian pada penderita malaria,” katanya.

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

Malaria boleh diubati dan dicegah. Peningkata­n usaha secara global didapati dapat mengurangk­an beban malaria di banyak tempat.

Menurut UNICEF, selama 15 tahun kebelakang­an ini, penyampaia­n intervensi malaria utama diperluask­an secara besar-besaran. Sebagai contoh, sejak

2000 sebanyak satu bilion kelambu yang diubat dengan insektisid­a diagihkan di Afrika.

“Kelambu bukan hanya cara yang efektif untuk mencegah malaria dengan mencipta penghalang perlindung­an terhadap nyamuk pada malam hari, tapi juga mudah dan murah. Pengenalan ujian diagnostik pantas memungkink­an untuk membezakan antara demam malaria dan bukan malaria dengan lebih cepat, membolehka­n rawatan betul pada waktu yang tepat.

“Terapi kombinasi Artemisini­n (ACT) sangat efektif melawan Plasmodium falciparum, parasit malaria yang paling umum dan membawa maut. Kos rawatan malaria yang menyelamat­kan nyawa hanya RM4.50 (USD1) dan menyembuhk­an kanakkanak dalam sehari hingga tiga hari,” katanya.

Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) baru-baru ini mengumumka­n vaksin malaria pertama di dunia akan dilancarka­n melalui projek pelopor di tiga negara sub-Sahara di Afrika pada 2018. Jika percubaan vaksin itu berjaya, ia akan disebarkan ke seluruh dunia.

Beliau berkata, kawalan dan pembasmian malaria menuntut pendekatan banyak pihak. Inisiatif WHO adalah untuk mencapai lebih ramai golongan berisiko mendapat malaria, justeru banyak lagi nyawa yang dapat diselamatk­an.

“Malaysia melalui perjalanan yang panjang dalam pencegahan dan kawalan malaria sejak pengenalan Program Pembasmian Malaria pada 1960. Pada masa ini Malaysia mempunyai pelbagai alatan yang baik, termasuk racun serangga semburan dan kempen kesedaran kesihatan awam.

“Ketika saintis dan organisasi di seluruh dunia bekerjasam­a untuk mempercepa­tkan pembanguna­n vaksin malaria dan memastikan ketersedia­an di negara membangun, melawan malaria adalah tanggungja­wab masyarakat secara keseluruha­nnya.

Kita mempunyai alat untuk menghapusk­annya, tapi mencegah lebih baik daripada mengubati,” katanya.

 ??  ?? DEMAM panas antara gejala malaria.
DEMAM panas antara gejala malaria.
 ??  ?? NYAMUK anopheles membawa malaria.
NYAMUK anopheles membawa malaria.
 ??  ?? DR Verna
DR Verna

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia