Harian Metro

Dementia kini krisis utama di Jepun

- Susunan Norlaila Hamima Jamaluddin laila@hmetro.com.my

Kanemasa Ito membanding­kan tugas menjaga isterinya, Kimiko dengan memerangi kejahatan. Wanita yang disayangin­ya sudah hilang - ditelan dementia. Kimiko yang dulunya menguruska­n semua keperluan rumah tangga kini tidak boleh lagi makan, mandi atau ke tandas tanpa bantuan suami.

“Ada syaitan dalam fikirannya,” kata

Ito, merujuk kepada perubahan dramatik yang berlaku kepada wanita kesayangan­nya, ketika isterinya itu bercakap yang tidak diketahui butirnya.

Jepun adalah negara yang mempunyai masyarakat

‘tua’ dan panjang hayatnya. Walaupun berbangga dengan tahap kesihatan yang baik itu, tetapi Jepun kini berada di barisan paling hadapan untuk menghadapi krisis penjagaan kesihatan sejagat. Malah kerajaan Jepun kini juga bersiap sedia untuk menangani ‘ledakan’ dementia atau gangguan kronik pada otak yang menjejaska­n daya ingatan dan pemikiran pesakit serta kemampuann­ya menjaga diri.

Kementeria­n Kesihatan Jepun berkata, menjelang 2025, satu dalam lima penduduk negara itu yang berumur 65 tahun ke atas (jumlahnya dianggarka­n 7.3 juta orang) akan mengalami dementia. Ia adalah peningkata­n yang ketara berbanding pesakit yang ada sekarang iaitu sekitar 4.6 juta orang.

Salah satu daripada masalah dementia ialah penyakit Alzheimer’s, iaitu sindrom yang menjejaska­n keupayaan seseorang untuk berfikir dan mengawal perasaanny­a. Malah dalam kebanyakan kes, perlakuan pesakit turut berubah yang membuatkan mereka tidak lagi mampu menjaga diri sendiri.

Isteri Ito adalah salah seorang pesakit Alzheimer’s yang mula dikesan ketika berusia 54 tahun. Kini selepas 15 tahun, Ito benarbenar teruji untuk menjaga dan menguruska­n keperluan harian wanita yang dicintainy­a itu.

Kini Kimiko tidak boleh lagi membezakan antara yang baik dan tidak elok.

Dia juga tidak tahu apa yang boleh membahayak­an

 ??  ?? ITO membawa isterinya bersiar-siar untuk menenangka­n fikiran.
ITO membawa isterinya bersiar-siar untuk menenangka­n fikiran.
 ??  ?? SETIAP hari Ito perlu menyediaka­n semua keperluan Kimoko termasukla­h menyuapkan makanan.
SETIAP hari Ito perlu menyediaka­n semua keperluan Kimoko termasukla­h menyuapkan makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia