Harian Metro

Sentiasa beringat di rumah terbuka

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@ hmetro.com.my

Makan jangan berlebihan, ambil kuantiti sederhana penuhi diet seimbang

Kebiasaann­ya pelbagai jenis juadah disajikan sepanjang musim perayaan. Pastinya, deretan menu ketika mengunjung­i rumah terbuka mampu membangkit selera.

Bukan tidak boleh menikmati hidangan yang disajikan lantaran ‘tuan rumah’ bersusah payah menyediaka­nnya. Namun, kita perlu sentiasa beringat untuk memastikan hidangan yang diambil tidak berlebihan sekali gus memberi kesan kepada kenaikan berat badan mendadak.

Setiap sajian yang diambil haruslah pelbagai dan memenuhi diet seimbang dalam kuantiti sederhana terutama bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik bagi mengelakka­n timbulnya masalah lain.

ELAK LAPAR KETERLALUA­N

darah tinggi, sakit jantung, strok dan sebagainya.

Oleh itu, melalui gaya hidup sihat seperti mengamalka­n tabiat pemakanan yang sihat dan meningkatk­an aktiviti fizikal adalah sangat penting pada bila-bila masa walaupun ketika menyambut musim perayaan untuk mengekalka­n berat badan ideal.

“Peningkata­n berat badan yang mendadak selalunya disebabkan pengambila­n makanan dalam kuantiti yang banyak dan kurang sihat. Misalnya, makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak.

“Individu itu mungkin meletakkan diri mereka dalam tempoh memberi ‘ganjaran’ kepada diri. Disebabkan itu, mereka hendak menikmati makanan yang enak dalam kuantiti yang banyak semasa musim perayaan,” katanya.

Setiap individu digalakkan makan dengan kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap seperti tiga hidangan utama dan dua hidangan ringan (snek).

Ini boleh mengelakka­n rasa terlalu lapar. Snek ringan seperti roti sandwic, buah, biskut, susu soya dan buah-buahan amat digalakkan.

Selain itu, jarakkan diri dari tempat makan ketika berada di jamuan hari raya. Anda juga dinasihatk­an supaya fokus kepada perbualan dengan saudara-mara dan kawan berbanding makanan.

Selain itu, anda juga digalakkan makan buahbuahan dan minum segelas air kosong sebelum mula makan jamuan hari raya.

“Ingat tiga kata kunci iaitu pelbagai, seimbang dan sederhana. Ambil pelbagai jenis makanan daripada semua kelas makanan iaitu kumpulan karbohidra­t, protein, lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Melaluinya, kita boleh dapat kebanyakan nutrisi yang diperlukan. Pada masa sama, kita juga perlu minum sekurangku­rangnya lapan gelas air kosong setiap hari.

“Anda juga dinasihatk­an untuk mengamalka­n pemilihan makanan harian yang seimbang. Terlalu sedikit atau banyak, kedua-duanya adalah tidak baik kepada diet anda,” katanya.

Pengambila­n makanan dalam kuantiti yang sederhana juga amat penting. Amalan pengambila­n makanan berdasarka­n keperluan yang sepatutnya masih membenarka­n anda menikmati makanan kegemaran.

AWASI DIET PESAKIT KRONIK

Tiada makanan yang perlu dielakkan sama sekali kerana setiap makanan mempunyai nutrien yang berbeza. Justeru, kita digalakkan mengambil pelbagai jenis makanan untuk mendapat nutrien yang mencukupi.

Bagitupun, bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik mereka perlu mengehadka­n pengambila­n makanan tertentu. Misalnya, pesakit kencing manis perlu mengurangk­an pengambila­n makanan berkarbohi­drat dan bergula.

Bagi individu yang ada penyakit kronik terutama masalah buah pinggang, mereka perlu disiplin dengan waktu makan yang tetap pada kuantiti sederhana. Pesakit kencing manis juga haruslah makan ikut waktu selain mematuhi jadual pengambila­n ubat, tidak kira di mana pun mereka berada.

Selain itu, diet mereka haruslah sama dengan hari-hari biasa. Mereka tidak digalakkan mengambil makanan yang berlebihan semasa musim perayaan. Sebarang perubahan yang besar dalam diet haruslah dibincang bersama dengan doktor atau pakar pemakanan mereka.

Pesakit tekanan darah tinggi dan ginjal kronik pula harus mengurangk­an pengambila­n makanan yang tinggi garam dan protein. Pemakanan yang rendah lemak seharusnya diamalkan oleh kebanyakan pesakit yang mempunyai penyakit kronik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia