Harian Metro

BALDI AJAIB, KOTAK BERACUN

- Nurul Hidayah Bahaudin dan Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Pelbagai kaedah pelik digunakan sindiket dadah di ibu kota untuk menjual dadah kepada penagih. Malah ada antaranya sukar diterima akal. Itu yang dikesan pihak berkuasa susulan risikan dan intipan dilakukan di beberapa sarang utama sindiket jual beli dadah di sekitar daerah Brickfield­s di sini, sejak sebulan lalu.

Helah baru digunakan dianggap cukup kreatif apabila suspek dalam kalangan tokan dadah ini menggunaka­n baldi ‘ajaib’, kotak beracun, lubang jirat Cina, tayar buruk dan gerai bergerak untuk menyerahka­n dadah kepada pembeli.

Walaupun pelbagai tindakan diambil termasuk memusnahka­n sarang pengedaran dadah berusia lebih 20 tahun itu namun pengedar dadah terbabit masih beroperasi seperti biasa dengan menukar modus operandi dari segi kaedah pembayaran dan cara berkomunik­asi.

Antara helah popular digunakan termasuk mengikat baldi dengan tali untuk menghantar dadah kepada pelanggan

`di kawasan tanah perkuburan berhampira­n bukit Jalan Kerayong di sini.

Taktik itu digunakan bagi mengelak pelanggan menghampir­i mereka kerana dibimbangi ada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan.

Tokan dadah dikesan menetapkan jarak sejauh kira-kira 10 meter setiap kali melakukan transaksi menggunaka­n baldi berkenaan yang ditarik menggunaka­n tali.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Brickfield­s Nur Izzati Naim berkata, selain itu, tokan dadah turut dikesan membina ‘pagar’ di kawasan itu menggunaka­n kayu dan ranting hingga membentuk ‘kubu’ strategik bagi menyukarka­n polis atau pihak

AADK memasuki sarang mereka.

Malah menurutnya, pengedar dadah sanggup menceroboh kawasan kubur dengan mengorek tanah untuk dijadikan kawasan persembuny­ian sekiranya lokasi terbabit diserbu pihak berkuasa.

“Hasil serbuan dilakukan di lokasi itu sejak bulan lalu mendapati tokan dadah membina pondok kecil sebagai tempat menunggu pelanggan.

“Pengedar dadah dikesan mengarahka­n pelanggan tetap yang mahu membeli dadah syabu dan heroin memasukkan wang terlebih dahulu ke dalam baldi disediakan. Baldi bertali itu kemudian akan ditarik ke puncak bukit sebelum diisi dengan paket dadah,” katanya.

Taktik tukar beli dadah ini membabitka­n pelbagai jenis yang siap dibungkus berharga antara RM50 hingga RM100 bagi setiap peket.

“Selain itu itu terdapat juga taktik ‘tokan’ menggunaka­n kotak khas yang ditanam di dalam tanah bagi urusan tukar beli dadah.

“Pelanggan disyaratka­n meletakkan penyata pemindahan wang melalui mesin ATM ke dalam kotak itu sebelum dadah diperolehi beberapa jam kemudian,” katanya.

Menurutnya, pelanggan perlu menghubung tokan terlebih dulu melalui panggilan telefon untuk menempah dadah sebelum mereka diminta memasukkan wang ke dalam akaun bank diberikan.

 Tokan cuba pelbagai taktik kaburi penguat kuasa edar barang terlarang

 ??  ??
 ??  ?? PENAGIH yang ditahan ketika serbuan di jirat Cina.
PENAGIH yang ditahan ketika serbuan di jirat Cina.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA lokasi dan taktik digunakan tokan untuk mengedar dadah.
ANTARA lokasi dan taktik digunakan tokan untuk mengedar dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia