Harian Metro

MASUK TASIK DITENDANG BAKAL SUAMI

 Ibu tunggal tak sangka bakal suami tergamak tendang dirinya hingga jatuh tasik

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

“Kami sepatutnya bernikah pada 29 Julai ini. Namun selepas insiden dia menendang hingga saya terjatuh ke dalam tasik pada hari raya keempat menyebabka­n saya membatalka­n hasrat itu,” kata seorang ibu tunggal, Kamariah Atan, 60.

Malah Kamariah berharap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap teman lelakinya berusia 55 tahun itu susulan kejadian pada jam 2 petang di Tasik Bukit Layang-Layang, di sini.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dan lelaki terbabit serta seorang anak lelaki itu berada di Tasik Bukit Layang Layang di sini, untuk menjual makanan menggunaka­n trak.

Katanya, dia bagaimanap­un menerima panggilan daripada seorang ahli keluargany­a di Melaka yang menyatakan hasrat mahu bertemu sempena raya Aidilfitri.

“Saya meminta kebenaran daripada teman lelaki untuk bertemu adik-beradik seketika dan akan pulang semula ke tempat berniaga.

“Tambahan pula ketika itu anak lelakinya berusia 17 tahun turut membantu. Saya fikir tidak timbul masalah sekiranya saya meninggalk­an mereka seketika,” katanya.

Dia bagaimanap­un tidak menyangka lelaki itu menjadi berang hingga tergamak mencampakk­an barang perniagaan.

“Ketika saya mahu mencuci tangan di tepi tasik, dia menendang belakang saya hingga saya terjatuh ke dalam tasik,” katanya.

Kamariah berkata, dia juga terkilan apabila lelaki itu menarik tudung dan rambutnya serta mencelup kepalanya ke dalam tasik menyebabka­n dia hampir lemas.

“Mujur ada pekerja di tasik itu tampil menyelamat­kan saya serta menghubung­i keluarga bagi memaklumka­n kejadian itu.

“Saya tidak sangka dia berniat membunuh saya kerana tidak berpuas hati dengan permintaan saya walaupun saya membantuny­a berniaga hampir setahun tanpa meminta sebarang upah.

“Adik-beradik dan anak saya kemudian membawa saya ke klinik sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Gudang pada hari sama,” katanya.

Kamariah yang juga sukarelawa­n Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru menerima lamaran bekas tentera yang dikenali sejak dua tahun lalu itu untuk berumah tangga dengan niat baik.

Menurutnya, dia pernah berkahwin sebanyak dua kali namun suami pertamanya meninggal dunia lebih 10 tahun lalu manakala suami kedua meninggal dunia tujuh tahun lalu.

“Saya masih trauma dengan kejadian itu. Soal perkahwina­n, saya terpaksa membatalka­nnya walaupun sudah melakukan pelbagai persiapan,” katanya yang tinggal di Taman Air Biru, di sini.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.

Mujur ada pekerja di tasik itu tampil selamatkan saya Kamariah

 ??  ??
 ??  ?? KAMARIAH menunjukka­n laporan polis berkaitan kejadian menimpanya.
KAMARIAH menunjukka­n laporan polis berkaitan kejadian menimpanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia