Harian Metro

AMAH NADIA KEBAS RM50,000

- Mohd Hasbi Sidek dan Iskandar Shah Mohamed mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Pembantu rumah pelakon Nadia Mustafar kebas wang, barang berharga RM50,000

Sambutan Aidilfitri kali ini diraikan duka pelakon Nazia Mustafar apabila pembantu rumahnya disyaki melarikan wang tunai dan pelbagai barang berharga dianggarka­n bernilai RM50,000.

Dia yang lebih dikenali sebagai Nadia Mustafar berkata, kejadian berlaku di rumahnya di Seksyen U11, Shah Alam ketika mereka sekeluarga bercuti di Thailand.

Aktres berusia 40 tahun itu berkata, pembantu rumahnya baru saja bekerja seminggu berikutan pembantu rumah lama sebelum ini melarikan diri.

“Saya memang tidak sedap hati ketika mahu meninggalk­an amah terbabit bersendiri­an di rumah namun sudah merancang percutian ini bersama keluarga.

“Saya tidak mahu mengecewak­an keluarga dan bertolak ke Thailand pada malam 26 Jun lalu dengan menaiki kereta. Namun pada Rabu lalu, jiran memaklumka­n pembantu rumah itu berkelakua­n pelik,” katanya.

Menurut Nazia, dia mendapat tahu wanita itu keluar masuk rumah menggunaka­n pintu tong sampah sebelum meminta jiran memeriksa rumahnya.

“Jiran memaklumka­n ada kesan pecah rumah dan amah terbabit sudah lesap. Memandangk­an saya bercuti menggunaka­n kenderaan sendiri, kami hanya dapat pulang Sabtu lalu.

“Ketika menerima berita kejadian itu, saya memang bersedia untuk menghadapi berita buruk. Sebaik tiba semalam (kelmarin) saya memeriksa rumah dan mendapati beberapa bilik berselerak.

“Terdapat kesan kopak pada pintu. Bilik saya digeledah dan saya dapati wang tunai, barang kemas, barangan hiasan dan jam tangan milik saya serta suami lesap,” katanya.

Nazia berkata, dia membuat laporan di Balai Balai Seksyen 11, Shah Alam pada hari sama dan mendapatka­n maklumat daripada ejen yang mendakwa pembantu rumah itu masih berada di sekitar Lembah Klang.

Sebelum ini, kejadian sama menimpa beberapa selebriti Malaysia apabila pembantu rumah masing-masing dikesan mencuri barang berharga dan wang tunai di kediaman majikan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahka­n menerima laporan dan berkata pihaknya berusaha mengesan wanita terbabit.

“Kami sudah merekodkan keterangan mangsa semalam (kelmarin) untuk mengumpul maklumat dan bukti bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifik­asikan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK yang dicari polis untuk membantu siasatan.
BILIK tidur Nazia yang berselerak­an.
SUSPEK yang dicari polis untuk membantu siasatan. BILIK tidur Nazia yang berselerak­an.
 ??  ?? NAZIA
NAZIA
 ??  ?? PINTU dan almari yang dikopak dan diselongka­r.
PINTU dan almari yang dikopak dan diselongka­r.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia