Harian Metro

24 JAM DALAM LIF

 Pasangan warga emas masih trauma akibat terperangk­ap lantik peguam tangani insiden

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

“Buat sementara, biar ayah rehat kerana dia masih trauma dan bila keadaan baik, baru (boleh) bagi kenyataan.”

Itu permintaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Shahrul Nizam juga menantu pasangan warga emas Md Dahalan, 74, dan isteri Ahadiyah Zakaria, 70.

Terdahulu, pasangan itu, terperangk­ap lebih 24 jam dalam lif pasar raya, di sini, sejak jam 11.30 pagi Jumaat lalu sehingga ditemui jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Meru 2C, semalam, Md Dahalan memohon maaf berikutan tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berikutan pihak keluarga melantik peguam bagi menangani insiden itu.

Mengulas kejadian itu, sumber polis berkata, seorang daripada anak mangsa berusia 43 tahun yang menyedari kehilangan ibu bapanya selepas keluar rumah jam 10.30 pagi Jumaat lalu berusaha mencari mereka di pasar raya berkenaan.

Anak mangsa dikatakan menemui Proton Wira dinaiki ibu bapanya di parkir pasar raya berkenaan sebelum mencari di pasar raya berkenaan termasuk di dalam lif.

Dia terdengar jeritan bapanya dalam lif sebelum pasangan itu dapat dikeluarka­n pekerja di pasar raya berkenaan.

“Ketika ditemui, pasangan berkenaan dalam keadaan lemah akibat terperangk­ap dalam lif berkenaan. Mereka dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit jam 12.30 tengah hari kelmarin.

“Kedua-dua mangsa dapat dikeluarka­n pekerja bahagian penyelengg­araan pasar raya berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR dikongsi dalam Facebook selepas pasangan warga emas terperangk­ap dalam lif pasar raya diselamatk­an.
GAMBAR dikongsi dalam Facebook selepas pasangan warga emas terperangk­ap dalam lif pasar raya diselamatk­an.
 ??  ?? MD Dahalan dan isteri Ahadiyah yang terperangk­ap lebih 24 jam dalam lif pasar raya.
MD Dahalan dan isteri Ahadiyah yang terperangk­ap lebih 24 jam dalam lif pasar raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia