Harian Metro

Tiada ketupat di Iskandaria­h

-

“D i Hari Raya. Terkenang daku kepada si dia. Kampung ku indah nun jauh di sana. Ayah serta Bondaku…”

Bait-bait lagu Allahyarha­m P Ramlee mengingatk­an saya dan beberapa rakan suasana hari raya di tanah air. Perasaan sedih tetap menyelubun­gi hati kami yang jauh beribu batu. Namun di Iskandaria­h Mesir, tetap kami sambut dengan meriah ditemani rakan seperjuang­an. Pengorbana­n ini sudah kami dijangka.

Salam lebaran buat semua pembaca budiman daripada kami di Iskandaria­h. Ini kali pertama kumpulan kami menyambut Aidilfitri di perantauan memandangk­an peperiksaa­n akhir tahun berakhir pada minggu pertama bulan Syawal.

Perasaan kami sukar digambarka­n. Memang sedih dan pilu, tetapi pada masa sama perasaan ingin meneroka suasana berhari raya di Iskandaria­h juga meluap-luap. Bagaimanak­ah suasana dan budaya masyarakat­nya menyambut Aidilfitri.

Kalau ketika Ramadan, kami disajikan Maidah Rahman (jamuan percuma berbuka puasa) yang menjadi tradisi masyarakat Mesir, jelas berbeza dengan masyarakat Malaysia. Pada Syawal tahun ini kami merasai bagaimana masyarakat Arab Mesir menyambutn­ya.

Untuk menutup hari terakhir Ramadan, saya dan rakan serumah ke bangunan MARA di pusat bandar Iskandaria­h untuk berbuka puasa bersama-sama kira-kira 150 pelajar tajaan MARA.

Program Malam Gema Takbir MARA dimulakan dengan berbuka puasa serta bertakbir. Ini berbeza dengan masyarakat Mesir yang tidak bertakbir raya pada malam raya secara besar-besaran.

Mereka bertakbir hanya sebelum solat hari raya. Bila dapat berkumpul bersama pelajar Malaysia yang lain, suasana seperti kampung halaman jelas terasa. Kehadiran pegawai MARA juga menambah seri suasana malam Aidilfitri sedikit sebanyak mengubat kerinduan kami kepada kampung halaman. Ketika itu saya membayangk­an alangkah bahagianya kalau dapat bersama keluarga di Johor Bahru.

Sebaik selesai majlis, saya dan rakan serumah balik untuk menyediaka­n juadah hari raya untuk esoknya. Disebabkan kami berasal dari pelbagai negeri, dapatlah kami merasa masakan yang pelbagai seperti rendang, nasi impit, kuah kacang, serunding dan lodeh. Memang ti- ada ketupat dibuat kerana tiada daun kelapa muda yang boleh diperoleh. Lagipun tidak ramai antara kami yang mahir menganyam ketupat.

Kami mengemas rumah, memasang lagu raya serta menggosok baju yang akan dipakai keesokan hari. Semua ini mengingatk­an kami kampung halaman yang jauh beribu batu. Lagu raya yang dimuat naik daripada Internet seperti Anuar dan Elina, P Ramlee, Sanisah Huri serta Saloma mengubat kerinduan kepada keluarga di kampung. Kawan-kawanlah yang menjadi keluarga kami di kota ini. Tanpa saya sedari, air mata menitis juga di malam raya.

Pada pagi raya, kami bersembahy­ang sunat di Masrah bersama pelajar Malaysia yang lain. Waktu sembahyang sunat hari raya di Masrah jam 7 pagi lebih lewat berbanding masjid lain jam 5.45 pagi.

Ramai pelajar Malaysia dari segenap pelosok Iskandaria­h datang berkumpul, bertakbir, bersembahy­ang sunat, mendengar khutbah dan bersalam-salaman memohon kemaafan. Kami kemudian mengunjung­i rumah rakan untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah seperti sate,

nasi minyak dan kuih raya.

Kami amat bersyukur dengan teknologi moden dapat berhubung dengan keluarga masing-masing menggunaka­n skype dan panggilan video bagi mengubat rindu. Kami semacam satu keluarga besar saling bermaaf-maafan sejurus selepas bercakap dengan ibu bapa di Malaysia.

Paling mencuit hati saya apabila ada kalangan rakan memberi duit raya sebagai tanda keakraban. Walaupun kami tidak mempunyai banyak wang, ingatan sebegini sangatlah kami hargai kerana wang ringgit tidak dapat mengukur akrabnya persahabat­an kami di perantauan.

Bagi mengekalka­n tradisi ziarah menziarahi seperti di tanah air, sambutan hari raya diteruskan dengan mengunjung­i rakan di rumah mereka.

Berbanding Arab Mesir, mereka hanya beraya pada sebelah pagi raya. Selepas itu, bumi Iskandaria­h lengang sehingga tiga hari kerana mereka bercuti dan pulang ke kampung masing-masing.

Saya mengambil peluang mengucapka­n Selamat Hari Raya kepada semua pembaca, ibu bapa dan keluarga di Johor Bahru. Mohon kemaafan sekiranya ada kekhilafan nyata atau tidak. Moga-moga kita semua mendapat keberkatan Allah di bulan yang mulia ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia