Harian Metro

Sedia sistem proaktif

 GPS minta pihak berkuasa pantau persekitar­an sungai

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Gabungan Prihatin Semenyih (GPS) meminta pihak berkuasa menyediaka­n sistem yang proaktif bagi menangani masalah pencemaran air dan bukan hanya bertindak reaktif apabila menerima aduan.

Pengerusin­ya, Azman Ahmad berkata, mekanisme sedia ada tidak menunjukka­n keberkesan­an kerana pihak terbabit hanya bersikap menunggu aduan dan mengambil masa agak lama untuk menyelesai­kan masalah berkaitan.

“Kami minta pihak terbabit sentiasa memantau keadaan sungai dan persekitar­annya daripada tercemar terutama membabitka­n sisa kumbahan daripada memasuki sungai yang menjadi sumber takungan air.

“Pihak berwajib perlu memastikan proses penyelengg­araan berjalan dengan baik dan melaksanak­an langkah pencegahan bagi memastikan kebersihan sungai sentiasa terjaga kerana air nadi kehidupan,” katanya ketika meninjau paip pembetunga­n kumbahan yang pecah di Sungai Semenyih, di sini, semalam. Menurutnya, paip pembetunga­n kumbahan itu didapati

“Kami minta pihak terbabit sentiasa memantau keadaan sungai dan persekitar­annya daripada tercemar terutama membabitka­n sisa kumbahan daripada memasuki sungai yang menjadi sumber takungan air”

Azman

pecah pada 29 Jun lalu dan mengalir masuk ke Sungai Semenyih.

Katanya, berikutan itu, pihaknya melaporkan masalah terbabit kepada Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) pada 30 Jun lalu.

Sementara itu, Eksekutif SPAN Wilayah Tengah Shariful Sharizan Anuari berkata, sebaik mengenal pasti masalah itu pihaknya segera membuat siasatan dan mengarahka­n Indah Water Konsortium (IWK) melakukan kerja baik pulih.

“Esok (hari ini) IWK akan menjalanka­n kerja pembaikan segera dan biasanya ia siap dalam tempoh 24 jam sebelum keadaan kembali normal,” katanya.

Dalam pada itu, Koordinato­r Program Penjagaan Sungai, Global Environmen­t Centre (GEC) Dr K Kalithasan berkata, mengikut data dikeluarka­n Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 2016, pelepasan air kumbahan sama ada yang dirawat atau separa dirawat antara punca pencemaran sungai dan sumber air di negara ini.

Katanya, menyedari pihak terbabit kekurangan teknologi terkini dan tenaga kerja mencukupi untuk mengawal selia sungai di negara ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti perlu turut memainkan peranan menjaga sungai daripada tercemar dan segera melaporkan­nya kepada pihak berkuasa jika ada maklumat berkaitan.

 ??  ?? AZMAN (kanan) meninjau kawasan pembetunga­n najis yang pecah berhampira­n Sungai Semenyih.
AZMAN (kanan) meninjau kawasan pembetunga­n najis yang pecah berhampira­n Sungai Semenyih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia