Harian Metro

Ancam penjara pengkritik

Duterte mahu ambil tindakan terhadap penentang perintah darurat di Mindanao

-

“Apabila saya melihat keadaan masih huru-hara dan kamu meminta saya menarik balik perintah darurat, saya akan tangkap dan penjarakan kamu” Duterte

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengancam untuk memenjarak­an pengkritik perintah darurat di selatan negara itu, beberapa hari sebelum Mahkamah Agung memutuskan kesahan perintah itu pada minggu ini.

Duterte mengisytih­arkan perintah darurat di seluruh Mindanao yang menempatka­n 20 juta penduduk pada lewat Mei lalu bagi menangani ancaman kumpulan Daish yang semakin berkembang di sana.

Dia juga bertekad untuk tidak menghirauk­an keputusan mahkamah yang diberi kuasa pengawasan oleh Perlembaga­an, dan berikrar hanya menerima cadangan pasukan keselamata­n.

“Ia tidak bergantung kepada kehendak Mahkamah Agung. Patutkah saya percayakan mereka?

“Apabila saya melihat keadaan masih huru-hara dan kamu meminta saya menarik balik perintah darurat, saya akan tangkap dan penjarakan kamu,” katanya di hadapan pegawai tempatan kelmarin.

“Kita boleh berbincang mengenai perkara lain dan bertolak ansur tetapi ia bukannya ketika kepentinga­n negara saya menjadi taruhan,” tegasnya.

Tentera Filipina masih bertempur dengan militan Daish yang menawan Marawi yang menyebabka­n hampir 400 orang terbunuh dan 400,000 penduduk menjadi pelarian.

Pemimpin pembangkan­g pada bulan lalu meminta Mahkamah Agung menolak undang-undang darurat berkenaan yang dianggap mereka tidak mengikut Perlembaga­an.

Perlembaga­an mengehadka­n undang-undang darurat bagi mengelak salah guna kuasa seperti ketika pemerintah­an diktator, Ferdinand Marcos.

Perlembaga­an membenarka­n Mahkamah Agung menyemak asas pengisytih­aran undang-undang darurat yang dihadkan untuk tempoh awal selama 60 hari.

Sekiranya Presiden mahu melanjutka­n undang-undang itu, Kongres boleh menyemakny­a semula dan membatalka­n perintah berkenaan.

 ??  ?? PASUKAN penembak tepat tentera Filipina mengambil kedudukan dalam serangan untuk menawan semula Marawi kelmarin. - Reuters
PASUKAN penembak tepat tentera Filipina mengambil kedudukan dalam serangan untuk menawan semula Marawi kelmarin. - Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia