Harian Metro

‘Usah diam dibuli pelajar’

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Guru diminta buat laporan elemen gengsteris­me di sekolah

Guru yang menjadi mangsa buli pelajar diminta melaporkan kejadian itu kepada Kementeria­n Pendidikan dan tidak menyembuny­ikannya supaya tindakan susulan boleh diambil.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dalam kebanyakan kes guru mangsa buli ini hanya berdiam diri kerana berkemungk­inan bimbang dengan keselamata­n diri.

Menurutnya, guru seharusnya berani untuk melaporkan perkara itu kepada pihak kementeria­n termasuk jika ada elemen gengsteris­me supaya tindakan dapat diambil.

“Bukan saja guru yang menjadi mangsa, malah kakitangan sekolah dan pengawal keselamata­n turut dibuli.

“Jadi, maklumat berkaitan kes buli ini perlu jelas dan jangan sembunyika­nnya, malah jika terbukti pelajar terbabit menjadi pembuli maka kita akan mengambil tindakan,” katanya selepas melawat Kolej Vokasional Alor Setar, di sini, semalam.

Mahdzir berkata, pelajar yang dikenal pasti menjadi pembuli ini akan dimaklumka­n kepada ibu bapa mereka sebelum dihukum gantung sekolah.

“Dalam tempoh tidak bersekolah itu terpulang kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke mana-mana pusat pemulihan di mana kementeria­n sedia membantu.

“Pelajar ini boleh dibawa ke sesi kaunseling di penjara, melihat proses hukuman pelajar di Sekolah Henry Gurney, pusat juvana atau apa-apa aktiviti yang menjurus kepada kesedaran dalam diri,” katanya.

Mengenai lawatan itu, beliau berkata, kolej berkenaan menawarkan kursus peringkat sijil serta diploma dan ada 900 pelajar belajar kemahiran di situ.

“Mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing dan apabila tamat pengajian nanti mudah mendapat pekerjaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MAHDZIR (kanan) diiringi Pengarah Kolej Vokasional Alor Setar, Majmin Md Noor (dua dari kanan) melawat
sekitar kolej, semalam. Gambar kecil, Mahdzir bersalaman dengan
tenaga pengajar kolej.
MAHDZIR (kanan) diiringi Pengarah Kolej Vokasional Alor Setar, Majmin Md Noor (dua dari kanan) melawat sekitar kolej, semalam. Gambar kecil, Mahdzir bersalaman dengan tenaga pengajar kolej.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia