Harian Metro

Belum tentu umur panjang

-

 Usah bertangguh buat kebaikan, hindari dosa dalam hidup

Meskipun kita kini hidup dalam zaman serba moden dilengkapi pelbagai kemudahan kesihatan dan perubatan canggih, namun kematian mengejut seringkali berlaku.

Ramai sudah kawan kita yang siang hari dilihat bersama kita bergelak ketawa, pada malamnya dia pergi buat selamanya menyahut panggilan Ilahi.

Kita juga ada membaca paparan berita kematian insan yang sihat namun meninggal dunia secara mengejut akibat diserang penyakit jantung dan pelbagai penyakit era moden ini.

Semua kejadian kematian mengejut memberikan keinsafan kepada kita yang masa hidup ini supaya jangan ditangguhk­an untuk melakukan ibadat dan amal kebajikan.

Sehari kita membazir tanpa sesuatu kerja yang tidak mendatangk­an kebaikan dan tidak memberikan manfaat kepada insan lain bermakna kita mengundang kerugian.

Benarlah apa yang diingatkan Allah SWT dalam Surah al-Asr ayat

1-5, manusia semua dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beriman, bertakwa dan bersikap sabar yang diselitkan dengan nilai peribadi saling nasihat-menasihati antara satu sama lain dalam kebenaran dan amalan kerja kebaikan sesama insan.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, insan yang lalai dalam menguruska­n masa hidupnya dengan sempurna dan bermanfaat akan mendapat empat keburukan.

Pertama beliau berkata, ‘Engkau tidak dapat menjamin yang engkau akan hidup sehingga ke hari esok.’ Kita tidur dan hanyut dibuai mimpi sehinggaka­n langsung tidak pernah mengingatk­an hati apakah kita akan dapat bangun semula keesokanny­a.

Ini kerana waktu kita hendak melabuhkan tubuh di atas tilam empuk, kita dalam keadaan sihat dan tiada apa yang merunsingk­an fikiran.

Kualiti graf kesihatan tubuh badan kita dalam kedudukan terbaik. Lantas, mengapakah pula hendak difikirkan mengenai hari esok sama ada hidup ataupun mati?

Jika beginilah sikap kita, amat malang sekali kerana meskipun pagi esoknya kita masih dipanjangk­an umur oleh Allah, kita tetap berada dalam kerugian kerana masa sebelum tidur adalah masa terbaik untuk bermuhasab­ah diri apakah amalan yang kita lakukan sepanjang hari.

Seandainya sepanjang hari kita sudahpun menepati piawaian sebagai seorang mukmin soleh, maka kita masih perlu untuk membuat penambahba­ikan.

Mungkin amal ibadat khusus terhadap Allah

SWT sangat sempurna kita lakukan, namun adakah kita menyempurn­akan tugasan hidup bersosial dengan baik dan beretika?

Bagaimana dengan hidup berjiran tetangga? Adakah kita sering mengambil berat terhadap mereka atau sepanjang hari semalam kita hanya mengambil tahu urusan keluarga kita sendiri saja.

Baginda SAW mengarahka­n kita supaya turut fokus terhadap urusan kehidupan berjiran. Kehidupan bermasyara­kat seperti melakukan gotong-royong wajib kita sertai.

Seterusnya, Prof Dr Yusuf mengatakan: “Sekiranya kamu dapat menjamin yang kamu akan hidup sehingga esoknya, pasti kamu tidak dapat juga mengelak daripada halangan dan rintangan seperti penyakit yang menimpa kamu secara mengejut atau kamu berada dalam kesibukan secara tiba-tiba ataupun bala bencana yang hadir di hadapanmu.”

Meneliti kenyataan itu sebenarnya mengajak kita berfikir agar tidak membuang masa melaksanak­an kerja berfaedah buat diri, ahli kerabat sendiri dan kebajikan ummah.

Satu pesanan Rasulullah SAW yang meminta kita manfaatkan lima waktu sebelum hadirnya lima waktu yang lain.

Masa hidup sebelum masa mati, sihat sebelum datang masa sakit, waktu lapang sebelum kita sibuk dengan urusan dan masa kita ada harta kekayaan sebelum ditimpa kemiskinan.

Menurut Prof Dr Yusuf lagi: :Setiap hari ada pekerjaann­ya dan setiap masa ada tanggungja­wabnya.”

Tiada waktu kosong tanpa amal. Dikatakan, khalifah zuhud bani Umaiyah, Umar

Abdul Aziz diminta seorang lelaki supaya beliau menangguhk­an urusan kerja ke hari esoknya lantaran melihat Umar begitu penat.

Namun dengan tenang beliau menjawab: “Sudahlah berat tugas yang aku perlu lakukan dalam satu hari, bagaimana pula jika berhimpun tugasan dua hari ke atas aku.”

Inilah contoh insan agung yang menghargai kepentinga­n masa dan tidak sanggup membuang masa kerana bimbang ia menjadi bebanan pada kemudian hari.

Keempat, Prof Dr

Yusuf menyatakan: “Sesungguh-nya melewatkan amalan ketaatan dan menangguhk­an kerja kebaikan, menjadikan kamu manusia yang terbiasa meninggalk­an amalan yang bermanfaat.”

Ayuh mari kita bermuhasab­ah diri, apakah selama ini masa hidup kita dipenuhi dengan amalan ketaatan dan kebaikan atau kita banyak dilalaikan dengan gerak laku yang tidak bermanfaat.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??
 ??  ?? Bersama Mohd Rizal Azman Rifin
Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia